Hanez Suraya Mohon Maaf Kerana Rasa Bersalah


Selepas dikaitkan dengan pelbagai kontroversi panas, akhirnya Hanez Suraya tergerak hati membuat permohonan maaf secara terbuka kepada semua pihak.
Menerusi laman Instagram, Hanez menulis, “kita sebagai manusia tak pernah lari dari membuat kesilapan. Di sini secara rendah diri Hanez ingin memohon maaf kepada semua atas segala kesilapan Hanez. Hanez sedar banyak kesilapan yang telah Hanez lakukan. Hanez juga ingin berterima kasih kepada semua di atas teguran yang diberikan dan di atas sokongan semua. Hanez terima dengan positif dna hati terbuka. InsyaAllah. Amin”.
Nama Hanez terpalit kontroversi apabila dia dituduh menjadi punca keruntuhan rumah tangga teman lelakinya, Romie Razin Adilha dengan isterinya, Nurliyana Abd Manan.



Selain itu, Hanez dan Romie juga baru-baru ini menyaman Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) kerana melakukan ‘pencerobohan peribadi’ apabila maklumat penerbangan mereka ke Bangkok telah tersebar di media sosial.
Difahamkan, permohonan yang dibuat itu ditujukan secara umum khususnya kepada individu yang pernah terkait dengan dirinya sebelum ini. 


0 Response to "Hanez Suraya Mohon Maaf Kerana Rasa Bersalah"

Post a Comment