Suami Abby Abadi Lafaz Cerai Dua Kali


Desas desus keretakan rumah tangga pelakon Abby Abadi dengan suami yang baru dinikahinya pertengahan tahun lepas akhirnya terjawab apabila, Muhammad Noor Farhan Che Bakar dilaporkan telah melafazkan cerai kepada Abby sebanyak dua kali termasuk salah satunya tidak dimaklumkan kepada pihak mahkamah.

Hakim syarie Shaiful Azlie dari Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur terpaksa menangguhkan permohonan pengesahan lafaz cerai yang dibuat pelakon itu kepada 11 Jun 2014 depan bagi membolehkan cerai pertama kali difailkan.

Abby Abadi atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan, 37, sebelum itu mendedahkan kepada mahkamah suaminya pernah memberitahu seorang kenalan bahawa mereka sudah bercerai.
Pasangan itu bagaimanapun meminta nasihat kes itu kepada bapa saudara Muhammad Noor Farhan yang juga defenden dalam kes ini dan mereka kemudiannya melakukan rujuk tanpa melaporkan kes berkenaan kepada mahkamah.

“Lafaz kali pertama itu tidak dibuat kepasa saya tetapi dia memberitahu kepada seorang kenalan bahawa kami sudah bercerai dan apabila saya dimaklumkan mengenai perkara itu saya merujuk perkara berkenaan kepada bapa saudara suami di Kelantan untuk mengetahui samada ianya sah ataupun tidak. Apabila diberitahu lafaz yang dibuat itu sah kami rujuk secara perbuatan tanpa melaporkannya kepada mahkamah.

“semasa saya menerima SMS berkenaan saya berada di dalam kereta namun saya tidak ingat samada ada atau tidak saya membalas mesej itu untuk mendapatkan kepastian daripadanya. Kejadian berpunca selepas terdapat perselisihan faham yang berlarutan sehingga dia tidak balik rumah pada malam sebelum dia melafazkan cerai melalui mesej.” Jelas Abby.

Pelakon drama bersiri Gerak Khas itu turut memberitahu kejadian itu berlaku  pada January lalu. Abby dan Muhammad Noor Farhan bernikah pada 9 Julai 2013 iaitu sehari sebelum menjelangnya Ramadhan. Mereka bernikah di Selatan Thailand .

0 Response to "Suami Abby Abadi Lafaz Cerai Dua Kali"

Post a Comment