Bila aku masuk penghujung tahun 2005, macam2 aku
dengar daripada senior. Tak taw la sama ada diorang sengaja reka atau memang
betul apa yang diceritakan tu. Ni senior la yang cerita. Kata mereka, tapak
UiTM Sabah ni adalah kawasan perkampungan jin suatu ketika dulu. Bagi membuka
kampus ni, satu perjanjian telah dibuat antara pihak UiTM dan jin tersebut.
UiTM boleh dibina dengan perjanjian, 3 syarat yang mereka berikan mesti
dipatuhi dan tidak boleh dilanggar. Dengan kata lain, ada 3 perkara yang kita
dilarang buat di kawasan kampus.
Kalau tidak, penghuni UiTM akan terima balasan. 3
syarat tu aku tak boleh la jelaskan apa sebab aku pun tak berapa pasti sangat
apa syarat2 tu. Tapi yang aku dikhabarkan, dua dari syarat tu telah dilanggar.
Sebab itulah makin banyak kejadian aneh berlaku kat kampus ni. Tak tahu la
kesahihan cerita ni sebab aku pun tak berapa nak percaya sangat. Tapi begitulah
kisah yang disampaikan oleh senior2 sejak turun temurun.hehehe. Kalau korang
nak atau taknak percaya, suka hati la kan.
Kita sambung lagi kisah2 seterusnya…. Dulu kelas kami
semua di Fasa 3. Di sana pun banyak kisah2 seram yang aku dengar daripada pak
guard dan staf2 yang bertugas di sana. Tempat yanmg paling menyeramkan di Fasa
3 tu ialah di anjung..tempat makan di sana. Aku diberitahu yang di sana adalah
tempat pontianak sebab memang ada yang pernah nampak pontianak tu di sana.
Selain di anjung tu, bangunan InEd sekarang adalah salah satu bangunan yang
berhantu… Dulu, di sana adalah tempat pengawal…pengawal yang tinggal sana
selalu diganggu malam2.Dekat2 dengan kawasan pejabat HEA pun ‘keras’ juga.
Memang di sana tu seram sikit.
Aku p stay malam2 pun memang menyeramkan. Orang cakap,
di sana tu adalah laluan hantu. Malam2 akan ada kelibat hantu di sana. Errr… ~
Seperti yang aku cakap, dulu di sana tu kelas. Staf2 yang bekerja malam2 di
sana selalu kena. Macam mana kena? Bila diorang tutup lampu, akan ada yang on
balik tu lampu. Pernah diorang nampak ‘sesuatu’ jalan2 sekitar bangunan tu di
tengah2 malam. Ada sorang brader ni citer, dia pernah sapa sorang guard yang
dia jumpa. Tapi guard tu senyap jak. Bila brader tu jalan depan lagi, dia
terserempak lagi guard td. Terus dia tanya macam mana guard tu ada di sana
sedangkan tadi dia baru je terserempak. Rupa-rupanya guard tu baru je sampai.
Naaa..maknanya…….. siapa la yang dia jumpa td?? Meremang bulu roma aku tulis
kisah ni.
Kolej lama di sebelah library memang menjadi bangunan
yang paling ditakuti oleh semua warga kolej. Kenapa? Sebab ia adalah banngunan
yang ditinggalkan dan dikhabarkan terdapat lebih 300 jin yang tinggal di sana
sekarang. Orang cakap, apabila ada histeria, ‘benda’ dalam badan budak tu akan
dihalau p kolej lama ni. Memang patut la orang takut kan.hahaha. Dulu di sana
adalah pejabat kokurikulum. Ada komander pernah cerita yang diorang pernah
nampak hantu berdiri depan diorang.. Lintang pukang diorang. Nama MELATI memang
popular di kalangan pelajar UiTM. Bagi diorang Melati adalah hantu jelmaan
daripada seorang pelajar yang bunuh diri di kolej lama. Entah la betul ka xdak
cerita tu. Aku tak berapa percaya sangat. Memang ada aku dengar pelajar kita
pernah buuh diri…tapi tak tahu la d mana dia bunuh diri tu. Tapi memang Melati
cukup dikenali. Bahkan bdk2 yang histeria..bila ditanya siapa mereka..
jawapannya tetap sama.. MELATI….. Hantu pun suka guna nama Melati. Sah la
memang Melati tu paling popular di UiTM Sabah.
yang ni dari blog yang lain kisah yg sama
Seperti tajuk diatas, apa kena mengenanya Melati
dengan cerita seram kali ini.Cerita Melati ini bukan lah kisah cinta..jauh
skali kalau cerita cara memasak rendang ayam.Kalau nak tau.. Melati ni la sejak
dahulu hinggalah sekarang masih lagi menjadi penghuni tetap d kawasan asrama
ITM(uitm) Sabah.Sebut sahaja Melati, rata-rata penghuni asrama UiTM Sabah tau
sapa Melati. Siapa yang tidak tau ni..mmg saja mau cari psal..
Menurut senior-senior yang terdahulu..Melati ni
merupakan roh pelajar perempuan yang telah membunuh diri dengan menggantung
diri. Tapi ada juga yang cakap,Melati memotong urat nadi ditangannya dan bersembunyi
di dalam almari agar tidak diketahui oleh sesiapapun. Bermacam-macam cerita
yang diceritakan tentang cara Melati membunuh diri..tapi realitinya..dia tetap
mati dan menjadi roh yang menggangu setiap pelajar di asrama tersebut.
Selalunya..’dia’ ini akan mengacau bila tibanya dekat
time exam..ntahlah mcm ada musim pula..Sewaktu aku masih menuntut dulu kat
ITM(Uitm) Sabah..aku ada dengar, pelajar perempuan pernah tinggal dekat blok B
dan C. Tapi sejak peristiwa histeria yg berlaku berulang kali, semua pelajar
perempuan dipindahkan ke blok D,E dan F dan lelaki pula ke blok B dan C.
Menurut pihak asrama pd waktu itu, pertukaran tempat perlu bagi mengelakkan
peristiwa(histeria) berulang kembali..mereka yg ‘bijak’ ini beranggapan pelajar
lelaki tidak mudah terkena histeria kerana kuat semangat(ya la tu)
Waktu kami mula-mula menetap dahulu, setiap tandas d
blok B dan C tidak mempunyai cermin kerana telah dibuka oleh pihak asrama.
Menurut mereka..ada pelajar lelaki ternampak bayangan perempuan melalui cermin
tandas. Setelah diperiksa berulang kali..mereka tidak menemui seorang perempuan
pun..so kita cuma akan nampak Melati melalui cermin.(ada cermin atau
tiada..’dia’ tetap ada dsitu)
Pernah ada budak junior yang baru datang,tinggal d
blok B(satu blok asrama la).Apabila dceritakan tentang Melati ini..mereka
dengan eksen ketawa dan berkata kalau mereka nampak Melati nanti, diorang akan
minta nombor ekor.Pagi keesokkan harinya, mereka berjumpa dengan kami..mereka
kononnya telah diganggu oleh Melati dan meminta sedikit nasihat. Kerana ada
diantara mereka ditampar dan ada pula katil bergegar seolah olah ada orang
sedang melompat diatas katil.
Gambar Terkini yang dikongsikan melalui
Facebook>>
Sumber oopsshmedia.blogspot.com
0 Response to "HANTU MELATI Kampus UiTM Sabah Kekal Sehingga Sekarang"
Post a Comment