Sungguhpun kes ini berlaku pada tahun lalu, wajarlah
kita jadikan sebagai pengajaran dan berhati-hati agar tidak tersilap menilai
orang melalui perwatakan yang alim dan baik.
Kuala Lumpur - Kopiah sentiasa di kepala, tasbih
sentiasa di tangan. Siapa sangka di sebalik perwatakan waraknya itu Ustaz
Sazali (bukan nama sebenar) menjadikan teman wanitanya tempat melepaskan nafsu setiap minggu datang ke ibu kota.
Paling menjijikkan, Ustaz Sazali sanggup menodai
kekasihnya sehingga hamil sebelum berangkat ke Tanah Suci mengerjakan umrah.
Ustaz berusia awal 30-an berasal dari utara tanah air
itu sentiasa berulang alik ke ibu kota setiap minggu kerana menghadiri kelas
pengajian jarak jauh di sebuah universiti di sini.
Setiap kali ada kelas pengajian Ustaz Sazali menyewa
hotel bajet di ibu kota semata-mata untuk meniduri teman wanitanya yang
dikenali sebagai Sofea, 23 (bukan nama sebenar), pelajar sebuah kolej swasta di
pinggir kota.
"Sayang Mari Ikut Abang Ke Syurga"
Sofea yang ditemui di sebuah rumah perlindungan di
sini amat menyesal kerana terpedaya dengan ayat manis ustaz durjana itu.
Dia tidak menyangka seorang ustaz dan mengetahui
pengetahuan luas di bidang agama tergamak melakukan maksiat.
“Pada mulanya saya berasa bertuah dapat memiliki teman
lelaki bergelar ustaz, sekurang-kurangnya dapat membimbing saya ke syurga."
“Rupa-rupanya perangainya amat teruk sekali, tidak
seperti digambarkan sebagai lelaki alim,” cerita Sofea sambil menangis,
menyesal dan rasa berdosa kepada Allah dan keluarga."
Menurut Sofea, setiap kali menidurinya, Ustaz Sazali
berbisik ke telinganya sambil berkata; "Sayang, mari ikut abang ke syurga!”
Setelah enam bulan melakukan hubungan terlarang itu,
Sofea mengakui mula ketagihan seks dan akhirnya dia disahkan hamil.
“Harap Ustaz Sazali bawa saya ke syurga, rupanya
melencong ke neraka!” ujarnya.
Sekembalinya dari menunaikan umrah Sofea memaklumkan
keadaan dirinya sudah berbadan dua.
“Ustaz hanya mendiamkan diri tetapi selepas itu dia
terus menghilangkan diri.
“Dia tidak lagi datang menemui saya, walaupun masih
menghadiri kelas pengajiannya di ibu kota,” tambahnya.
Kini Sofea mengandung tujuh bulan dan ditempatkan di
Pondok Penyayang Raudah Batu 11, Gombak, Selangor bagi meneruskan kehidupannya
dan proses bersalin.
Sofea bersyukur kerana keluarga terutama ibu memahami
keadaannya, walaupun perbuatan yang dilakukan itu amat memalukan keluarga.
Sementara itu, pengasas Pondok Penyayang Raudah, Ustaz
Mokhtaruddin Haji Md Said berkata, generasi muda perlu melengkapkan diri dengan
iman dan takwa bagi mengelak terjerumus ke lembah maksiat.
Katanya, jika iman dan takwa dipelihara dengan baik
masalah gejala sosial di kalangan remaja dapat dihindarkan.
“Jika nak pilih teman lelaki atau wanita elok lakukan
solat istikharah mohon petunjuk Allah sama ada kawan itu benar-benar jujur atau
mahu mengambil kesempatan.
“Allah akan beri petunjuk kepada kita dan dengan
izinNya kita akan dapat teman yang baik,” tambahnya.
0 Response to "Ustaz Buntingkan pelajar sebelum ke mekah"
Post a Comment