Kecoh seketika dunia hiburan tempatan apabila pelakon
jelita, Uqasha Senrose didakwa tidak memakai coli ketika menghadiri sebuah
majlis hiburan yang diadakan di sebuah pusat beli-belah, baru-baru ini.
Bergaya mengenakan gaun pendek berwarna merah jambu,
bekas jahitan pada baju tersebut telah menampakkan seolah-olah Uqasha tidak
memakai coli sehingga tersembul putting.
Pasukan penyiasat antarabangsa dilaporkan sedang
melihat semula kemungkinan bahawa penerbangan Malaysia Airlines pesawat MH370
mungkin mendarat di satu lokasi tertentu dan tidak berakhir di Lautan Hindi.
Laporan New Straits Times yang memetik satu sumber
tidak dinamakan menyebut, ia merupakan antara kemungkinan baru yang sedang
diteliti.
Ia memandangkan pencarian yang dijalankan sehingga
hari ini masih belum menemui sebarang serpihan pesawat, lapor akhbar itu.
Sumber-sumber yang tidak dinyatakan itu juga menyebut,
pesawat tersebut juga mungkin terhempas di satu lokasi terpencil.
Bagaimanapun, pencarian di selatan Lautan Hindi yang
masuk hari ke-45 hari ini masih perlu diteruskan, kata sumber tersebut dalam
laporan NST.
Selain itu, pasukan penyiasat juga sedang
mempertimbangkan untuk menggunakan lebih banyak aset dalam pencarian, dan
meliputi kawasan lebih luas di Lautan Hindi.
Menurut laporan berkanan, pencarian tersebut mungkin
dijalankan di kawasan yang salah.
“Kita mungkin terpaksa berkumpul semula untuk melihat
kemungkinan ini jika tiada hasil positif dalam tempoh beberapa hari lagi...
tapi pada masa sama, pencarian di Lautan Hindi mesti diteruskan.
“Sangkaan bahawa ia mendarat di satu tempat itu tidak
mustahil kerana kami masih belum menemui sebarang serpihan yang mungkin
berkaitan dengan MH370.
“Bagaimanapun, kemungkinan bahawa terdapat negara
tertentu menyembunyikan pesawat tersebut ketika lebih 20 negara mencarinya
nampak tidak masuk akal,” kata sumber tersebut seperti dipetik NST.
Sumber berkenaan turut menimbulkan kesangsian terhadap
pengiraan saintifik ke atas data komunikasi satelit – yang memberi kesimpulan
bahawa penerbangan tersebut berakhir di Lautan Hindi.
“Satelit komunikasi hanya dimaksudkan untuk
komunikasi... namanya itu sendiri menjelaskannya.
"Penyiasat terpaksa mengguna algoritma untuk
mengira lokasi terakhir MH370 yang diketahui kerana tiada sistem GPS selepas
transponder pesawat dimatikan 45 minit dalam penerbangan,” kenyataan sumber itu
dipetik.
0 Response to "Kes MH370: Penyiasat lihat kemungkinan baru"
Post a Comment