KUALA LUMPUR: Baru-baru ini, timbul kontroversi
apabila bekas isteri kepada gitaris rock handalan tanah air, Sham Kamikaze
mendakwa bahawa imej Islamik yang dibawa oleh bekas gitaris itu hanyalah
sekadar pura-pura.
Menurut bekas isterinya Farazila Abdul Jabar, semua
yang dipaparkan oleh Sham atau nama sebenarnya Shamril Salleh itu hanyalah satu
wayang kepada peminat atau hipokrit semata-mata.
Farazila secara terbuka membongkarkan cerita bagaimana
bagaimana permulaan mereka tidak lagi sehaluan.
"Kami bergaduh lagi gara-gara perempuan. Hancur
hati saya dan saya balik ke kampung. Saya pulang semula ke Kuala Lumpur selepas
2 minggu dan terkejut melihat dirinya berjubah serta berkopiah. Tetapi saya
tidak rasa apa-apa. Apabila orang memuji konon dia dia sudah berhijrah, dia
rasa dirinya mulia", jelasnya.
"Sham jadi lupa diri apabila orang sekeliling
mengagungkan dirinya. Dia bangga apabila disanjung, tetapi sebenarnya dia belum
berubah sepenuhnya. Saya menegur sikap hipokritnya itu dan kami bergaduh lagi.
Selepas pulang umrah, saya sudah berubah dan berhijrah lebih awal daripadanya.
"Bayangkan sebelum Subuh, jam sudah berbunyi dan
dia bangun tidur lalu terus menghadap komputer. Ayatnya di komputer “jom solat”
tetapi sebenarnya dia tidak bersolat dan tidur semula. Ia berlaku banyak kali
dan saya muak dengan perkataan “jom solatnya” itu.
"Siang malam dia kerap menghadap komputer. Itu
saya boleh tahan lagi, tetapi apabila dia memuat naik gambar berlaga pipi
dengan wanita lain dalam FB, apa perasaan saya?
"Apabila orang bertanya, saya tiada jawapan. Malu
pun ada! Apabila bergaduh, dia mula tidak balik rumah berhari-hari.
Kadang-kadang balik rumah hanya salin baju sahaja.
"Dalam satu insiden saya tidak akan lupa sampai
mati, dia pernah tinggalkan saya di tepi lebih raya ketika pulang ke kampung di
Batu Pahat kerana bergaduh pasal FB. Dia libas tangan dan cincin dipakainya
terkena mata saya.
"Sampai kini dalam mata saya kelihatan berdarah.
Mujur saya ada telefon bimbit. Dengan mata berair kena libas dan hujan pula,
saya terpaksa berteduh bawah terowong", cerita wanita itu panjang lebar.
Namun, tidak lama selepas cerita itu dijaja oleh isterinya kepada pihak media akhirnya
Sham tampil memberi kenyataan sekaligus menjawab segala pertuduhan yang dibuat
oleh bekas isterinya itu di Facebook rasminya.
Assalamu'alaikum wbt. Apa yang berlaku di antara saya
dan bekas isteri saya sudah menjadi sejarah hidup saya. Dan jika pihak beliau
masih tidak berpuas hati, maka itu adalah hak beliau untuk menuduh saya dengan
pelbagai cerita bagi meraih simpati orang ramai untuk kepentingan peribadi.
Adapun perceraian telah difailkan di mahkamah 2 tahun
yang lalu dan saya tidak nampak apa jua alasan untuk menjaja kisah rumahtangga,
apatah lagi jika kenyataan media tersebut bermotifkan dendam dan memalukan saya
di khalayak ramai.
Sebagaimana diketahui umum, saya tidak pernah walau
sekalipun membuat apa-apa kenyataan berhubung beliau, apatah lagi mengaitkan
beliau dalam apa jua keadaan sebagaimana didakwa. Saya tidak perlu untuk
menjawab kepada sesiapa pun tentang perkara ini kerana saya dan beliau tidak
mempunyai apa-apa ikatan lagi.
Saya doakan agar beliau terus tabah mengharungi hidup
beliau dengan segala cara untuk bahagia Insya Allah. Barakallahu fikum. Jadi
apa pandangan pembaca sekalian mengenai hal ini? Tepuk dada, tanya selera. Apa
yang kita lakukan diatas muka bumi ini pasti akan diadili dan janganlah kita
berpura-pura.
Wallahu a’lam.
0 Response to "Sham Kamikaze jawab isu menipu kononnya berhijrah"
Post a Comment