SATU Malaysia tahu pertelingkahan antara pelakon
Sharnaaz Ahmad dengan pelakon senior, Lisdawati yang tercetus sejak Februari
lalu.
Setelah berlaku perang mulut dan cabar mencabar,
akhirnya Sharnaaz mengaku akan bersemuka dan selesaikan permasalahan itu
sendiri bersama aktres itu.
Bagaimanapun, dia masih menunggu masa yang sesuai
memandangkan Lisdawati masih sarat mengandung.
“Sebolehnya, pertelingkahan saya dengan dia biarlah
berlalu. Cuma, sekarang, saya tunggu Lisdawati beranak dulu, baru bincang.
Sebenarnya saya malas lah nak cakap tentang perkara ini. Saya memang tak suka
bercakap pasal orang yang tak ada kena mengena dalam hidup saya!
“Tapi saya memang akan selesaikanlah sebab saya tak
mahu nanti kalau saya mati, mata tak tutup rapat!,” kata Sharnaaz ditemui pada
majlis tayangan episod akhir ‘Bukan Kerana Aku Tak Cinta’ bertempat di Red
Carpet Avenue @ Encorp Strand Mall, Kota Damansara, malam kelmarin.
Sebelum ini, Sharnaaz didakwa menengking Lisdawati di
lokasi penggambaran drama ‘Bukan Aku Tak Cinta’ di Sungai Buloh pada 19 dan 21
Februari lalu. Malah Lisdawati turut membuat laporan di Ibu Pejabat Polis
Daerah (IPD) Dang Wangi selepas mendakwa menerima SMS berbaur ugutan dari aktor
itu.
Selesa bersama Nellydia
Beralih mengenai gambar-gambar mesranya bersama
Nelydia Senrose yang pernah meneruskan kontroversi, Shaarnaz tetap dengan
pendiriannya yang hanya bertujuan mempromosikan drama Bukan Aku Tak Cinta.
Meskipun drama terbitan Pena Creative Production itu
baru saja berakhir, ia tetap menimbulkan pelbagai persepsi, sementelah lakonan
mereka juga kelihatan begitu serasi dan intim sekali.
“Tentang kontroversi gambar, mahupun babak mesra kami
itu, seperti yang saya pernah katakan, perkara itu melibatkan kerja
“Berbaloilah penat lelah kami semua untuk menghasilkan
drama ini di tahap yang terbaik apabila drama ni dapat ‘rating’ yang tinggi dan
mendapat sambutan hebat.
“Apa yang paling mengejutkan saya, kanak-kanak pun
suka watak Jebat. Mungkin pada awal sikap Jebat tu memang dibenci penonton,
tapi tak sangka penonton dapat menerima karakter Jebat, yang selalu akan buat
orang marah padanya," katanya.
Menurut Sharnaaz, kejayaan tersebut bukan hanya kerana
dia dan Nelydia semata-mata, tapi seluruh kru produksi yang bekerja keras demi
drama tersebut.
"Sebenarnya, sepanjang drama tersebut bersiaran,
saya belum pernah menontonnya. Masa bersiaran itu, saya hanya mahu drama ini
‘beyond extra-ordinary’, kerana jangkaan dan harapan penonton terhadap cerita
ini sangat tinggi.
"Jadi itu membuatkan saya takut kalau-kalau saya
buat silap dalam lakonan saya,” katanya.
0 Response to "Sharnaaz mahu bersemuka dengan Lisdawati"
Post a Comment