Kesudahan penghujung siri Bukan Kerana Aku Tak Cinta
sudah pun terjawab malam Selasa lalu.
Lebih membanggakan drama bersiri 60 episod adaptasi
karya novel nukilan E-Man Sufi yang mula menemui penonton sejak 9 Disember
tahun lalu menerusi Mustika HD (Saluran 134), Astro itu mencatat kejayaan
sebagai drama dengan ‘rating’ tertinggi setakat ini di saluran berkenaan
menewaskan Adam Dan Hawa yang sebelum ini mencetus fenomena.
Biarpun disulami kontroversi demi kontroversi
membabitkan pelakon utamanya Sharnaaz Ahmad berhubung isu pertelingkahan dengan
pelakon drama itu, Lisdawati dan suaminya Fauzi Nawawi serta kontroversi gambar
mesranya bersama Nelydia Senrose yang menjadi bualan hangat sepanjang
penayangan siri itu, ia sedikitpun tidak menjejaskan minat penonton.
Bahkan, kontroversi yang wujud dilihat sebagai
penyumbang kejayaan drama terbitan Pena Creative Pictures Sdn Bhd milik
produser terkenal, Ziela Jalil dan arahan Jamal Khan itu.
Sharnaaz selaku teraju utama, saat ditanya berhubung
perasaannya menghadapi episod pengakhiran drama berkenaan mengakui sehingga
kini dia masih belum mampu memisahkan karakter Jebat daripada dirinya.
0 Response to "‘Kami Cuma Ikut Arahan Untuk Jadi Romantik' - Sharnaaz"
Post a Comment