Pantang Larang Dalam Hubungan Suami Isteri Yang Wajib Anda Tahu!!


Ada orang mengatakan bahawa mencari suami atau isteri itu mudah. Mencari pasangan jiwa itulah yang sukar. Kalau terasa sesuai, kita kahwin dan ambil risiko sajalah. Namun, perkahiwnan bukanlah permainan. Bila terasa nak kahwin, kita kahwin dan bila terasa keserasian itu telah hilang kita bercerai. Perkahwinan bukan begitu, ia tentang komitmen dan kisah perjalanan hidup kita sehingga kehari tua bahkan sehingga kita menutup usia kita dimuka bumi ini…
Ada 6 pantang larang dalam hubungan Suami Isteri yang sempat saya fikirkan penting untuk semua pasangan renungkan bersama.
Jangan jadi wartawan keluarga
Kebanyakan masalah tersebar bukan kerana ada orang lain yang menyebarkannya melainkan salah satu dari individu pasangan tersebut bermulut besar dan berlagak sebagai wartawan keluarga. Segala hal diceritakan pada rakan atau keluarganya.
Suami isteri harus ingat supaya jangan bocor mulut untuk menceritakan segala permasalahan yang sedang bergolak kepada orang luar. Hal rumahtangga seeloknya harus diselesaikan dengan dua pihak dahulu sebelum mencari pertolongan kepada pihak ketiga.
Jangan jadi anak manja lagi
Kalau dah berkahwin buatlah cara dah berkahwin. Jangan bergantung penuh pada ibu bapa lagi. Kau sekarang bukan milik mereka lagi. Kau telah membuat satu komitmen baru, mengikat janji dan hidup bersama dengan orang lain atas persetujuan sendiri. Sebab itu, berpeganglah pada hikmat dan pada pertimbangan yang matang maka hidupmu akan terpelihara indah dan menyenangkan. Kau sedang membina mahligaimu sendiri.
Suami Isteri Harus Saling Menghormati
Isteri yang baik adalah kebanggaan dan kebahagiaan suaminya, isteri yang membuat suaminya malu adalah bagaikan penyakit tulang yang membusukkan. Isteri yang bijak siapakah yang punya ? Sejujurnya ia lebih dari emas permata, kerana isteri merupakan teman pewaris takhta anugerah kasih.
Seorang suami yang matang harus menjadi imam atau ketua bagi keluarganya. Masing-masing punya kelemahan namun, perkahwinan turut merujuk kepada saling melengkapi diantara satu dengan yang lain. Oleh itu hormati kekurangan masing-masing dan jangan jadikan ia sebagai alasan untuk memulai perang dingin.
Suami Isteri Tidak Boleh Berdusta
Janganlah sekali-kali mengucapkan sesuatu yang tidak benar. Jauhkanlah ucapan-ucapan dusta kerana itu akan membuat hubungan anda renggang. Mungkin kita menipu sedikit atau pun ‘white lie’ semata-mata untuk menjaga hati pasangan kita dari terguris tetapi, saat pasangan kita mengetahui kebenaran hatinya akan lebih sakit dengan teruk.
Jujurlah dan jadilah transparent ! Hendaklah wajahmu memancarkan kejujuran hatimu. Jauhilah yang jahat, dan hiduplah dengan jujur. Jangan sekali-kali menyimpang dari jalan yang benar. Harus diingat bahawa orang yang suka bohong akan dihancurkan oleh kebohongannya. Lebih baik menyatakan kebenaran daripada menyembunyikannya.
Harus Setia
Setialah kepada pasanganmu sendiri dan berikanlah cintamu kepada dia saja. Tidak ada gunanya bagimu mencari kenikmatan pada orang yang bukan pasanganmu . Kenikmatan itu khusus untuk engkau dengan pasanganmu, tidak dengan orang lain. Sebab itu, hendaklah engkau berbahagia dengan pasanganmu sendiri; carilah kenikmatan pada gadis/lelaki yang telah kaunikahi.
Jangan memandang rendah pada sebuah perkahwinan. Nilai sebuah perkahwinan adalah sebuah kehidupan untuk membangun empayar yang berkualiti. Setialah pada isterimu. Setialah pada suamimu .
Jangan membiarkan pasangan tertanya-tanya
Semua hal perlu diberitahu kepada pasangan masing-masing. Mahu kemana dan dengan siapa. Pasangan kita telah menjadi nyawa kita yang akan menemani kita menjalani usia kita sehingga tua bahkan sehingga akhir hayat kita. Bersyukur kerana ada orang yang sanggup hidup bersama dengan kita dan susah sangatkah membuat hati pasangan kita bahagia? Jangan biar hatinya tertanya-tanya, beritahu dia apa yang sedang berlaku.
Jika semua Pantang Larang suami isteri diatas dilaksanakan nescaya, hubungan suami isteri akan bertambah bahagia dan bibit cinta juga akan semakin banyak terproses dari kilang Romeo and Juliet yang sah disisi undang-undang dan agama. Sekian

0 Response to "Pantang Larang Dalam Hubungan Suami Isteri Yang Wajib Anda Tahu!!"

Post a Comment