Loya dan Jijik, itulah yang dapat digambarkan apabila melihat beberapa keping gambar yang
tersebar di media sosial baru-baru ini yang menunjukkan sebuah kilang membuat
fucuk tauhu yang amat kotor dan tidak mematuhi aspek kebersihan dan kesihatan ketika memproses makanan.
Disamping itu juga, tahap kebersihan kawasan
sekitar kilang pembuatan makanan itu tidak diselenggara dengan baik sehingga ia
terlalu kotor dan jijik.
Dibawah ini adalah antara gambar-gambar yang tersebar, jika dilihat memang kita tidak sanggup untuk memakannya.
Menurut sumber, kilang yang terletak di
Kampung Melayu Subang, Shah Alam itu mendapat notis perintah tutup oleh pihak
Kementerian Kesihatan Malaysia sejak 8 hingga 22 April.
Kalau diikutkan, ia berkemungkinan telahpun beroperasi
kembali andai pihak kementerian tidak menyambung notis penutupannya.
Apa-apapun, situasi seperti ini
merupakan refleksi kepada pihak kilang yang tidak menjaga kualiti produknya,
dan sebagai pengguna, masyarakat harus bijak untuk menilai sama ada patut terus
membeli ataupun memboikot.
Kembang tekak tengok bagaimana mereka
memproses fucuk tauhu dalam keadaan sebegitu kan? Macam dah serik pula nak
jamah lepas ni.
Sumberr : MyNewsHub.cc
0 Response to "GAMBAR: Kilang Fucuk Tauhu Diarah Tutup Akibat Terlalu Jijik"
Post a Comment