EPIDURAL: IBU LUMPUH SELEPAS BERSALIN


Ini kisah Epidural diceritakan oleh seorang ibu yang mengalami lumpuh selepas bersalin. Ambil iktibar.

Saya akan terangkan bagaimana simptom-simptom nak lumpuh sebelum saya lumpu sepenuhnya.

Selepas saya bersalin, saya mula tak boleh angkat kaki. Saya mandi wiladah, suami saya yang mandikan.

Saya tanya suami, "kenapa pinggan dan kaki terasa sangat sakit seperti urat tegang?"

"Itu kesan sampingan Epidural tadi agaknya,"

Saya pun diam. "Jururawat tadi induce saya guna drip kan?"

"Ya."

"Habis tu, yang cucuk punggung itu apa pula?"

"Itu ubat tahan sakit," 

"Then tulang belakang pula?"

"Itu Epidural,"

Saya diam. Sebab semasa sakit bersalin, saya mengantuk dan saya memang tak ingat apa-apa. Cuma sakit saja yang saya tahu. 

Dalam hati saya kata, "Epidural cucuk sakit ke?" 

Sebab saya sedar masa cucuk Epidural memang sakit. Tetapi doktor semua peluk saya, suruh tahan seketika. Doktor perempuan pula siap cium dahi saya supaya bersabar. Allah, masa itu rasa macam bertuahnya saya.

Layanan mereka semua baik-baik sangat dan tiada seorang lelaki pun yang sentuh atau tengok saya di dalam bilik bersalin kecuali suami dan doktor bius Epidural.

Esok dan sehingga pantang hari ke 35, saya rasa belakang saya sakit sangat-sangat dan tempat cucuk itu bengkak menjadi kebiruan.

Selama berpantang, saya tuam dengan ais supaya tidak sakit. Pantang hari ke 40, saya dah tak boleh jalan. Kaki saya tak dapat dirasai. Saya menangis-nangis di bahu suami saya. Saya buang air besar dan air kecil pun tak rasa. Terpaksa pakai pampers.

Esoknya saya pergi ke Hospital Columbia Nusajaya. Saya jumpa pakar dan terus buat MRI. Hasilnya, menakutkan! Saraf tunjang saya 80% rosak. Kaki saya lumpuh sepenuhnya.

Doktor pakar menghubungi hospital tempat saya bersalin dan dari situ barulah saya tahu saya dicucuk Epidural oleh doktor pelatih.

Suami saya pula beritahu doktor tersebut menjelaskan tiada kesan sampingan kecuali sakit kepala. Itu sahaja.

Memandangkan waktu itu saya sudah sakit, saya cuma istigfar agar dapat berjalan semula. Belum sampai sejam guna Epidural saya dah rasa nak meneran. Bayangkan, saya disuntik dengan Epidural tetapi rasa nak meneran, nak bersalin. Baby nak keluar dan saya rasa semua iu.

Masa dijahit, sakitnya sampai saya mengigt baju. Walhal setiap 10 minit saya tekan button Epidural untuk menghilangkan rasa kena jahit hidup-hidup.

Kemudian, doktor pakar Columbia sedia membantu saya untuk urusan failkan saman terhadap hospital terbabit. Walaupun saya dah sign surat untuk suntikan Epidural, saya tetap boleh failkan saman kerana tanggungjawab menyuntik Epidural adalah tugas doktor, bukannya saya cucuk sendiri.

Sekarang sudah dua bulan lebih, sudah sebulan juga duduk di atas kerusi roda. Alhamdulillah anak saya tidak kuat meragam. Suami pun sentiasa support saya, menyayangi saya. Semua orang jumpa saya dipeluk dan meminta saya kuat.

Sekarang saya menjalani fisioterapi di Hospital Columbia. Alhamdulillah jari kaki saya dah boleh digerakkan sikit. Doakan saya cepat sembuh. Saya terharu ramai yang comment dan like status saya. Terima kasih semua.

Moga Allah membalas jasa anda. Amin.

Kredit - Tanya Doktor Pakar Wanita

0 Response to "EPIDURAL: IBU LUMPUH SELEPAS BERSALIN"

Post a Comment