Sewa Tapak Bazar Ramadan Di Melaka Cecah RM11,000?


SEDAR tak sedar, kurang dari sebulan sahaja lagi kita akan menyambut bulan Ramadan.

Ramadan bukan sahaja bulan beribadat, malah membuka luas pintu rezeki kepada sesetengah peniaga yang berjualan di bazar Ramadan.

Namun, agak mengejutkan apabila mengetahui bayaran bagi menyewa tapak bazar Ramadan Mega Melaka anjuran Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) dikatakan mencecah sehingga belasan ribu ringgit.



Gambar harga tapak itu yang dimuat naik di Facebook Saya Anak Melaka telah menimbulkan kecaman ramai pihak kerana dianggap tidak masuk akal.


Rata-rata pengguna sosial media juga menyifatkan harga yang ditetapkan itu sama seperti membayar duit “muka kereta”.
Kami sendiri agak terkejut dengan harga ini. Adakah ianya harga normal bagi tapak bazar Ramadan di Malaysia?
Dah macam sewa outlet dalam Pavillion lak.

 Sumber: Mynewshub.cc

0 Response to "Sewa Tapak Bazar Ramadan Di Melaka Cecah RM11,000?"

Post a Comment