Ini adalah
Kisah Sebenar Video Ibu Dera Anak Yang Viral yang berlaku di Ipoh. Video
tersebut telah viral bermula 2 3 hari yang lepas. Jadi pihak Polis telah pun
mengeluarkan kenyataan media berkenaan kes tersebut. Jadi jom kita baca
kenyataan dari pihak PDRM.
SIARAN MEDIA
PERKEMBANGAN
KES BAYI DIDERA DI IPOH, PERAK
Susulan
penyebaran video bayi didera yang menjadi viral dalam laman sosial Facebook dan
aplikasi Whatapps sejak beberapa hari lepas, hasil siasatan mendapati mangsa
iaitu bayi dan saspek yang merupakan ibunya sendiri merupakan individu yang
sama seperti kes yang pertama dilaporkan pada 19 April 2015. Siasatan juga
mendapati saspek ada membuat rakaman yang lain selain rakaman yang telah
manjadi viral sebelum ini. Oleh yang demikian tidak timbul isu adanya kes
penderaan yang baru yang dilaporkan.
Bayi
berkenaan telah dijaga oleh neneknya sejak dikeluarkan dari hospital untuk
pemeriksaan. Perintah jagaan juga telah dikeluarkan oleh mahkamah dimana hak
penjagaan bayi tersebut diserahkan kepada neneknya. Bayi berkenaan tidak pernah
diserahkan semula kepada saspek iaitu ibu kepada mangsa.
Saspek dalam
kes ini telah diberi kaunseling oleh Victim Care Office (VCO) Perak dan bayi
berkenaan diselia oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat. Bayi tersebut kini dalam
keadaan sihat dan hasil pemeriksaan doktor didapati tiada sebarang kecederaan
di badan dan kepala mangsa.
Kertas
siasatan telah dirujuk kepada pihak Pendakwa Raya untuk arahan lanjut. Kes
disiasat dibawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 dan jika sabit
kesalahan tertuduh boleh didenda RM20,000 atau penjara tidak lebih sepuluh
tahun atau kedua-duanya sekali.
SUPT ANUAR
BIN OTHMAN
TIMBALAN
KETUA POLIS DAERAH (OPERASI)
IBU PEJABAT
POLIS DAERAH IPOH
19 MEI 2015
1315 hrs
0 Response to "Kisah Sebenar Video Ibu Dera Anak Yang Viral"
Post a Comment