Saya Belum Maafkan Dia! – Rita Rudaini

Mengharungi kehidupan sebagai seorang ibu tunggal bukanlah satu perkara yang mudah, melihat pada keadaan Rita Rudaini yang ditinggalkan oleh suami bersama dua orang anak yang masih kecil tanpa alasan kukuh memerlukan ketahanan mental dan fizikal yang kuat untuk menghadapi segala ujian.

Buat Rita, tindakan Aidil Zafuan itu merupakan satu penganiyaan besar terhadap dirinya dan anak-anak yang masih memerlukan kasih sayang seorang bapa.
Saya belum memaafkan dia! Apa yang dia lakukan terhadap saya dan anak-anak satu penganiayaan yang sangat besar. Anak-anak saya tidak bersalah dan masih kecil namun kenapa sanggup lupuskan kasih sayang seorang ayah di kala mereka sedang memerlukan, dan dimanakah pula silap saya sebagai seorang isteri selama bersama lebih empat tahun.
Mungkin serik dengan sejarah lalu bersama Aidil, Rita kini lebih selesa tanpa kehadiran lelaki istimewa didalam hidupnya dan hanya ingin bersama dua orang satria dalam hidupnya iaitu Rayyan dan Arjuna. Namun, jika ketentuan takdir menyatakan sebaliknya beliau tidak akan menolak.
Saya tidak perlu menumpang kasih kerana sudah terlalu banyak kasih sayang yang sedang membunga antara saya, Rayyan dan Arjuna namun, kalau sudah jodoh saya terima ketentuan Ilahi.
Cumanya, andai ditanya tentang perkongsian hati dengan lelaki, rasanya saya rela bersendirian sampai tua. Bukan kerana dua kali gagal dalam berumah tangga tetapi saya letih dengan lelaki dan kepercayaan saya terhadap lelaki sudah hilang.


Kata orang setiap yang berlaku ada hikmahnya, memang sukar untuk hati yang telah terluka memaafkan mereka yang menyakiti kita. Parut luka yang dalam tidak boleh sembuh dalam sekelip mata.

0 Response to "Saya Belum Maafkan Dia! – Rita Rudaini"

Post a Comment