MIRI - Seorang pelajar perempuan tingkatan 3 di sebuah sekolah
terpaksa melahirkan bayinya di katil asrama, mengemparkan pengurusan sekolah
berkenaan, kelmarin.
Tangisan bayi dari sebuah bilik asrama membongkar rahsia pelajar
terbabit yang melahirkan bayi perempuan yang masih bertali pusat.
Dalam kejadian pada jam 10.50 malam itu disedari oleh rakan
pelajar terbabit selepas terdengar rakannya itu mengerang kesakitan disusuli
dengan tangisan bayi di dalam biliknya.
Sebaik mendekati katil pelajar itu, dia tergamam melihat keadaan
katil yang dipenuhi darah dan ada bayi di sebelah rakannya itu.
Pelajar itu ditemui dalam keadaan yang sangat lemah dan
kelihatan cemas dengan kejadian itu.
Bimbang dengan keselamatan rakannya itu, rakan sebiliknya terus
memaklumkan perkara itu kepada pihak sekolah sebelum mendapatkan bantuan
ambulans.
Difahamkan malam sebelum kejadian, pelajar terbabit ada mengadu
sakit perut dan menyangka remaja terbabit hanya sakit senggugut dan tiada
sesiapa yang menduga pelajar itu sedang mengandung.
Laporan awal siasatan polis, remaja itu mengaku pernah terlanjur
dengan teman lelakinya yang berusia 20 tahun dan mengenali lelaki itu semenjak
di bangku sekolah rendah lagi.
Malangnya, remaja itu tidak mengetahui lokasi kediaman teman
lelakinya itu yang dipercayai menetap di Batu Niah.
Polis kini sedang berusaha mengesan teman lelakinya untuk
tindakan lanjut.
0 Response to "Bersalin Di Katil Asrama Sekolah"
Post a Comment