KONFLIK antara aktres jelita Rita Rudaini dan bekas suaminya
Aidil Zafuan seperti tiada tanda-tanda bakal berakhir.
Terbaharu, pelakon Mami Jarum Junior
ini mengakui masih keliru dan menanti jawapan tentang punca penceraiannya
daripada mulut Aidil.
Meskipun masih terkesan selepas
bercerai, namun Rita kini sudah akur dan redha demi meneruskan kehidupan
bersama dua cahaya matanya.
“Sehingga kini masih tercari-cari
jawapan apa salah saya, kenapa boleh jadi macam ini, sehingga saya belum
bersedia dan tidak mampu untuk menceritakan kepada anak-anak saya,” ujarnya.
Sementara itu, Rita tahu anak-anaknya akan mengetahui segalanya apabila tiba masa yang sesuai dan hanya berharap anak-anaknya membesar seperti kanak-kanak yang lain.
Sementara itu, Rita tahu anak-anaknya akan mengetahui segalanya apabila tiba masa yang sesuai dan hanya berharap anak-anaknya membesar seperti kanak-kanak yang lain.
Dalam pada itu, Aidil yang merupakan
pemain bola sepak sudah pun mendirikan rumahtangga bersama Zarema Zainal
dan baru sahaja menimang cahaya mata.
0 Response to "Sekian Lama.. Rita Rudaini Masih Menanti Jawapan Aidil"
Post a Comment