Heboh di laman
sosial hari ini mengenai dua pelajar sekolah rendah kerugian RM17.00 apabila
nasi lemak yang ingin dijual kepada rakan-rakan mereka dirampas oleh guru dan
pengetua.
Kejadian yang
berlaku di sebuah sekolah rendah di daerah Barat Daya, Pulau Pinang itu
mengundang respon netizen yang bersimpati dengan nasib dua pelajar berkenaan.
Difahamkan, nasi
lemak yang dibawa oleh dua pelajar terbabit adalah nasi lemak yang dipesan oleh
rakan sekelas mereka.
Nasi lemak itu
dipercayai dibuat oleh ibu mereka dan dijual pada rakan sekelas bagi menampung
wang persekolahan mereka, atau mungkin bagi membantu meringankan beban hidup
keluarga yang didakwa terkesan dengan GST.
Namun, selepas
habis waktu persekolahan, pengetua sekolah memulangkan nasi lemak yang
dirampas. Menyebabkan nasi lemak itu telah basi dan merugikan dua pelajar yang
dipercayai adik beradik tersebut.
REZEKI YG DINAFIKAN terhadap 2 orang murid sekolah rendah Di daerah Barat Daya,Pulau Pinang. Amatlah menyedihkan dan tersentuh hati INI......Nasi Lemak yg dipesan rakan sekelas mereka dirampas oleh seorang guru perempuan dan Pengetua sekolah tersebut menyebabkan mereka berdua mengalami kerugian sbyk Rm17 yg mungkin utk menampung wang sekolah mereka......tindakan Pengetua memulangkan Nasi Lemak yg DIPESAN .......saya ulangi yg DIPESAN rakan sekelas mereka dikembalikan SELEPAS waktu persekolahan menyebabkan Nasi Lemak tersebut basi dan merugikan 2 beradik tersebut yg mungkin menbantu meringan beban hidup keluarga mereka dan ditambah dengan bebanan GST......WAJARKAH tindak Guru Perempuan dan Pengetua sekolah tersebut....macam mana Yg dinamakan Pengetua dan Guru sebagai PENDIDIK Jika tidak punya sifat PERIKEMANUSIAAN dan BELAS EHSAN terhadap 2 murid tersebut yg mungkin keluarga mereka dari golongan yg serba kekurangan Dari FB Izham Ibrahim AJK KONGRES MELAYU PULAU PINANG .
Kisah itu dimuat naik oleh Izham Ibrahim, AJK Kongres Melayu Pulau Pinang yang mempertikaikan kewajaran tindakan guru perempuan dan pengetua sekolah terbabit.
"Macam mana
yang dinamakan pengetua dan guru sebagai pendidik jika tidak punya sifat
perikemanusiaan dan belas ehsan terhadap dua murid tersebut yang mungkin keluarga
mereka dari golongan yang serba kekurangan?" soalnya.
Kisah itu mendapat perhatian
netizen yang rata-rata memberikan respon negatif terhadap guru dan pengetua
terbabit.
"Sebab pengetua dan cikgu
itu tak pernah merasa hidup susah. Bila dah senang, macam itulah jadinya.
Kesian adik-adik ni nak membantu keluarga pun tak boleh. Bukannya luak gaji
cikgu-cikgu itu pun," kata mereka.
Bagaimanapun, ramai yang tidak
faham, ada sebab mengapa guru perempuan dan pengetua terpaksa merampas nasi
lemak tersebut.
Seperti mana yang diketahui,
setiap sekolah mempunyai kantinnya sendiri dimana pengusaha kantin berkenaan
telah mendapat sijil-sijil yang wajib berkaitan menyediakan dan menjual makanan
kepada pelanggannya oleh Kementerian Kesihatan.
Setiap pengusaha kantin
sekolah diwajibkan mengambil sijil-sijil berkaitan termasuklah suntikan
Typhoid. Segala aspek kebersihan, halal juga perlu dipatuhi. Ini bagi
mengelakkan berlakunya kes-kes yang tidak diingini seperti keracunan makanan,
makanan tercemar dan lain-lain.
Tindakan guru terpaksa
merampas makanan yang dijual oleh pelajar juga adalah bertujuan mengelakkan
perkara yang tidak dingini berlaku. Ini kerana, jika berlakunya keracunan
makanan (contoh), pihak sekolah tidak dapat mengambil tindakan terhadap ibu
bapa pelajar yang menyuruh anak mereka menjual makanan di sekolah berbanding
dengan pengusaha kantin yang dapat dikenakan tindakan undang-undang.
Jika terjadi perkara sebegitu,
ibu bapa pelajar lain yang keracunan makanan pula akan menyalahkan pihak
sekolah kerana 'membenarkan' pelajarnya 'berniaga' di sekolah. Maka pihak
sekolah pula yang perlu 'menjawab' pertuduhan itu yang nescaya tidak akan
berkesudahan dan berpanjangan sehingga pihak penjualnya dikenakan
tindakan.
'Masalah berantai' yang
dinyatakan di atas menyebabkan pihak sekolah terpaksa mengambil tindakan tegas
terhadap mana-mana pelajar yang didapati menjual makanan dalam kelas.
Guru atau warga pendidik
tidaklah sekejam/sezalim seperti yang orang sangkakan. Mereka juga pernah
merasai hidup susah dan juga seperti rakyat biasa. Namun, menyuruh anak sendiri
menjual makanan di sekolah dengan alasan menampung duit poket sekolah atau
meringankan bebanan keluarga adalah tidak boleh diterima kerana ini melibatkan
keselamatan makanan anak-anak kita di sekolah.
Cara guru dan pengetuanya merampas makanan tersebut dan membiarkan makanan itu basi juga tidak patut. Sewajarnya pihak sekolah menelefon ibu pelajar terbabit serta memberikan peringatan agar tidak mengulangi perkara itu kerana pihak sekolah tertakluk pada peraturan yang telah ditetapkan bagi menjamin keselamatan para pelajar yang lain
Cara guru dan pengetuanya merampas makanan tersebut dan membiarkan makanan itu basi juga tidak patut. Sewajarnya pihak sekolah menelefon ibu pelajar terbabit serta memberikan peringatan agar tidak mengulangi perkara itu kerana pihak sekolah tertakluk pada peraturan yang telah ditetapkan bagi menjamin keselamatan para pelajar yang lain
0 Response to "Punca Sebenar Guru Dan Pengetua Rampas Nasi Lemak 2 Pelajar Sekolah"
Post a Comment