Ovari Rosak Kerana Makan Produk Supplement " SAMPAH"


Puan Nur Farina Abdullah pernah menjadi duta produk kesihatan. Beliau juga memakan produk itu. Ini pendedahan beliau akan kesan dan akibat makan makanan tambahan yang tidak dijamin keselamatannya.

SAYA pernah ditawarkan menjadi duta pada satu produk yang saya sendiri tak pernah guna. Sudahnya saya yang ajar penjual jangan menipu. 

Bagi saya cuba dulu untuk 2 3 bulan dan lihat hasilnya. Memang untuk 2 3 bulan pertama saya guna terlihat hasilnya dan saya terima tawaran itu.

Namun masuk bulan ke 4 5 saya sudah mula mendapat maklumat dari sumber yang dipercayai bahawa produk yang saya gunakan itu berbahaya dan hanyalah diambil dari kilang yang dicampur bahan perasa serta glukose menjadi serbuk. 

Saya berhenti menggunakannya dan tarik diri dari jadi duta walau bayaran yang saya terima agak lumayan. Namun bukan wang saya lihat, tetapi kesannya pada pengguna lain. Saya tak sanggup menipu kerana fikir dosa pahala dan juga keberkatan. 

3 minggu lepas tiba-tiba saya sakit dan doktor kata ovari saya rosak hingga terpaksa dibuang. Bila disoal apa yang saya makan? Saya tak boleh nak sebut sebab saya rasa sangat bodoh makan benda bukan-bukan. Walau baru makan tak sampai setahun tapi kesannya sangat dahsyat. 

Tokei terus diam seribu bahasa tanpa ajak bersemuka tahu-tahu sekarang dutanya sudah orang lain yang saya yakin lebih mementingkan duit, glemer tanpa fikir bahaya pada pengguna lain. 

Jika saya boleh berdepan dengan situasi begini, agak-agak tuan puan, lambakan produk yang ada dipasaran menggunakan duta sama ada dari golongan artis atau bukan artis itu benar-benar jujur atau kerana wang semata-mata? 

Sebetulnya inilah pertama kali saya makan produk-produk sebegitu. Selama ini saya lebih suka cara kampung.

Cuma buat pengetahuan semua, Julai 2014 saya sudah pun dibelah perut oleh Prof Doc Hamid Arshat di Pantai Hospital kerana kedudukan rahim saya terbalik yang menyebabkan saya sukar mengandung. makanya rahim saya dibetulkan dan Doctor kata rahim saya tak ada masalah, ovari saya juga tidak ada masalah dan boleh hamil seperti biasa.

Kemudian sekitar Ogos 2014 saya ditawar menjadi duta dan saya terima sekitar Oktober 2014 saya menerimanya setelah saya dapati selepas saya makan produk itu period saya sudah tidak sakit seperti biasa lagi, padahal saya sudah tidak sakit ketika period kerana rahim saya sudah dibetulkan bukan sebab produk itu.

Kemudian sekitar bulan Disember 2014 sahabat suami saya yang sangat pakar dengan perniagaan seperti itu memberitahu suami saya bahawa saya ini menjadi duta pada produk "sampah".

Makanya saya berhenti terus makan produk itu dan saya mula rasa bodoh kerana ditipu hidup-hidup sebab sebelum itu saya tanya pada tokeinya, dari mana dia hasilkan ramuan tersebut, dia kata dia ada orang RnD-nya kunun2, dia ada perunding dan sebagainya walhal from A to Z dia suruh kilang yang buat, dia hanya cakap mahu perasa apa. packaging dalam hingga kotak luar juga kilang yang uruskan, dia hanya ciptakan jenama apa yang dia mahukan sahaja kemudian buat iklan.

Jadi cuba kita kira, berapa lama saja saya makan produk itu? Tak sampai setahun pun tapi kesannya?

Biarlah saya tak jadi duta, tak glemer dan tak ada duit masuk pun asalkan saya tak dicari di akhirat kelak kerana menjadi duta penipu orang ramai. Allah akan bagi kita rezeki lain walaupun saya dikecam hebat bila menarik diri dari menjadi duta tersebut.

Siap mereka ugut nak saman saya pula kononnya saya burukkan produk mereka, walhal memang produk mereka dah buruk pun.



Kredit : Nur Farina Abdullah


10 Responses to "Ovari Rosak Kerana Makan Produk Supplement " SAMPAH""

  1. Semak dulu kandungan supplement yang anda makan..bukan mkn membabi buta..org kata elok je mkn..dh sakit salahkan produk..sendiri yg x pandai jaga kesihatan..guna akal bukan guna mulut!

    ReplyDelete
  2. Semak dulu kandungan supplement yang anda makan..bukan mkn membabi buta..org kata elok je mkn..dh sakit salahkan produk..sendiri yg x pandai jaga kesihatan..guna akal bukan guna mulut!

    ReplyDelete
  3. Cakap terus apa produk 'sampah' tu kan senang..ni nak berkias2 ckp itu ini..last2 buat org ramai keliru & sebarkan fitnah..jika betul anda kehilangan ovari akibat supplemen ini..ada laporan sah dari doktor ke? Or tindakan lanjut dari lawyer pihak puan utk ambil tindakan pd company terbabit? pernah ke terfikir maybe puan bukan org yg jaga makan..maksud saya yg ambil makanan yg seimbang sehinggakan tercetusnya masalah ini..krn makanan yg diproses jga boleh mendatangkan masalah pd kesihatan..jgn terus menunding jari tanpa menyemak semula latar belakang kesihatan puan..maybe puan ada alergik dgn sesetengah ramuan. atau mmg puan sendiri x menjaga pantang larangnya..apa pun, jgn sebarkan info yg kurang jelas & melalui blog2 cikai..kredibiliti anda pembaca boleh pertikaikan.

    ReplyDelete
  4. Kes ni puan tu bukan nyer tarik diri dari duta.to kontrak dah tamat dan x disambungkn.
    sendiri slh mkn makanan xberkhasiat oasru salahkn produk pulak. Sajer dengki tgk org melayu kaya berjaya dlm biz. U ada surat dr doktor ke yg mengatakan produk tu berbahaya? mana u tau prosuk yg lain2 tu mempunyai kand yg sama? Ckp mcm org bodoh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kau tu yg ckp mcm org bodoh. Belum kena kat lu dan keluarga lu sendiri bole ka lu ckp pandai. Byk produk sampah skrg yg iklan konon2nya baik utk kesihatan lagi bagai. Puan tu kena cakap bukan stakat surat tapi doktor pakar yg kendalikan kes penyakit dia yg bagitau. Kita yg xtau apa2 jgn dok perbodohkn org lain kalau xnak org maki lu balik. Bodoh!

      Delete
    2. Dia bukan duta pun . xder surat perjanjian duta .beliau hanya model dan dibyr rm450 je utk skli shoot bukan bayaran lumayan seperti yg di gembargemburkan...

      Delete
  5. Shaklee x penah lantik pon mana2 duta kat malaysia ni..even mat us pon x de duta..
    Sbb brand shaklee dah bkesan n femes..
    X perlukan duta2 bagai..
    So jgn la jugde kalo x tawu..

    ReplyDelete
  6. cakap jer la makan product apa..

    ReplyDelete
  7. Benda ni simple je, i tak faham kenapa perlu berlaku "keyboard warrior" di sini.
    Contoh- Jika masalah badan kita luka parut hitam susah nk hilang, kulit kusam dan gelap. Org perempuan melayu yang tak kejar ilmu, akan senang terpedaya dengan produk kecantikan rawatan dan ubat mengikut trend. Percaya atau tidak bila saya sebut disini masalah parut luka, kulit, gelap dan kusam, saya confirm semua tengah fikir peoduk yang mempunyai GLUTATHIONE, contoh quputeh, aura white dan yang berkenan.
    Hakikat sebenar masalah kulit kusam, gelap, parut susah nk hilang adalah, apabila badan kita telah banyak kekurangan vitamin B, C, E termasuk Zinc (bagi yang merokok). ini adalah agen2 yg membantu kulit untuk kekal segar dan 2 liter air sehari, dan tidur yang cukup. Persoalannya kenape tak pergi GNC atau tempat yang jual vitamin untuk "replenish" vitamin yang kurang dalam badan kita yang menyebabkan masalah2 tersebut berlaku. Kenapa kita percaya pada GLUTATHIONE, yang sebenarnya hospital atau doktor bedah akan guna untuk pulihkan luka dalam badan supaya cepat sembuh? GLUTATHIONE side effect jika dimakan secara jangka masa yang panjang akan menyebabkan kandungan zinc dalam badan berkurangan.(proven facts) Zinc adalah perlu untuk kawal imunisasi badan. Imunisasi yang tinggi boleh elak dari banyak penyakit2.
    So now, pengguna sendiri yang cari masalah.
    Logiknya, dalam badan kita memang sudah ada glutha so kalau nak bagi kandungan glutha dlm badan meningkat, banyakkan makan brocolli, asparagus, vit C, vit e, silenium.
    Persoalannya kenapa kita tak peka tentang fungsi2 organ dalam badan?
    Penjual nak buat business dan dah tentu alan kata produk ini bagus dan hanya keluarkan side effect positive. Tetapi side effect negative kabur dan pengguna sendiri pun tak tahu sebab tak kaji.
    Tak nk kaji sebab nk ikut duta "cantik". sorry to said, tahap pemikiran dan ilmu Orang melayu masih senang di perdaya oleh "marketing strategy" yang telah mengkaji spending behavior orang perempuan melayu.
    So pembekal tidak menipu, user yang kurang bijak.

    ReplyDelete
  8. Sya heran kenapa tidal disaman company produk tu seandainya betul kerana produk tu terpaksa buang ovari.satu kes yg besar tu ! Setakat melalak dalam fb dapat apa ? Ke nk glamor ? Buktikan dengn laporan perubatan Dari doktor bertauliah man senang dan saman je hokey dia tu .☺

    ReplyDelete