Setelah bekerja seharian di pejabat tentu sahaja
papa dan mama ingin segera pulang ke rumah mendakap anak kesayangan sambil
bergurau senda dengannya. Terasa hilang segala kepenatan bekerja.
Namun kebiasaannya si kecil akan berlari
mendapatkan mama berbanding papa. Agaknya apa perasaan sebagai papa apabila
kepulangannya disambut dengan pelukan hangat daripada anak-anak? Tentu sahaja
papa berasa cemburu kerana sambutan terhadap mama lebih meriah berbanding
dirinya.
Mengikut kajian pakar psikologi anak, setiap
anak mempunyai ibu bapa kegemarannya. Mungkin ada anak lebih rapat dengan mama
atau ada juga yang lebih kepada papa. Paling malang apabila ada anak yang
cenderung memilih pembantu rumah sebagai ‘orang kegemarannya’.
Ia bergantung kepada berapa banyak waktu yang si
anak sering habiskan dengan orang tersebut. Apabila papa dan mama sibuk bekerja
di pejabat, sudah tentu si kecil lebih banyak menghabiskan masa dengan orang
yang menjaganya, maka secara automatik dia akan lebih rapat dan mesra dengan
pengasuh berbanding orang tuanya.
Sementara itu, jika si ibu merupakan suri
rumahtangga sepenuh masa, sudah pasti anak-anak akan lebih rapat dengan mama
berbanding papa. Jadi, bagaimana papa dapat mencuri perhatian anak untuk rapat
dengannya? Bagaimanapun jangan risau kerana bukan bermakna anak kecil tidak
menyukai papa atau mengganggap papa adalah orang luar yang bukan digemari.
Biasanya semakin anak membesar, dia akan
mengalami perubahan seiring dengan usianya. Si anak sudah semakin bijak membuat
penilaian. Dengan sendirinya, pilihan mereka juga akan berubah. Jika dulu si
anak lelaki tidak mahu berenggang langsung dengan mama tetapi apabila menginjak
usia lima tahun, dia mungkin lebih suka berdamping dengan papa kerana mereka
berkongsi kegemaran yang sama seperti bermain bola sepak atau permainan video.
Oleh itu selaku ketua keluarga, papa tidak
seharusnya mencemburi isteri yang sering menjadi orang kegemaran anak-anak.
Jangan sesekali mensasarkan kemarahan kepada si anak. Adalah lebih baik papa
berfikiran positif dan cuba bersama menikmati masa bermain tersebut.
Cuba luangkan lebih banyak masa dengan anak
kerana semakin kerap anda berinteraksi dan bermain dengan anak, semakin mudah
memenangi hati anak. Ini kerana secara semula jadi anak-anak kecil sebenarnya
lebih senang memilih orang yang dapat memahami keperluannya dan dapat
meenangkannya dengan cepat ketia dia berasa tidak seleas.
Papa juga boleh bekerjasama dengan mama agar
sesekali memberinya ruang masa bersendirian dengan si anak seperti bermain
bersama atau menguruskan keperluan anak. Contohnya, ketika mama sibuk di dapur,
biarkan papa yang menguruskan anak mandi, menukar lampin, bermain dan
sebagainya. Bahkan sesekali tidak salah papa pula yang menidurkan anak agar si
anak faham bahawa bukan hanya mama sahaja yang boleh menguruskannya, papa juga
boleh!
0 Response to "Papa Cemburu Dengan Mama?"
Post a Comment