Gambar Hiasan |
Benarlah kata orang, alam percintaan dan perkahwinan
sangat berbeza. Sepatutnya, para isteri perlu menyedari bahawa amatlah penting
untuk seseorang isteri mengenali dan mengetahui segala perkara mengenai suami ,
memahami dan mengenalinya.
Sifat semula jadi seorang lelaki iaitu ego, memerlukan
kita mengalah dalam segala hal. Lebih-lebih lagi, sudah termaktub bahawa
jaminan syurga anda ada padanya.
Sebenarnya, tidak susah untuk menjaga hati seorang
lelaki dan memastikan si dia setia dengan anda. Tidak banyak yang si dia
inginkan dari anda. Cukuplah sekadar memahami apa yang mereka impikan dari
seorang wanita.
Malangnya, tidak ramai para isteri berjaya memahami si
suami, gagal menawan hati si dia dan sebagainya. Ini adalah kerana anda tidak
pernah mengetahui dan mengenali sikap dan perilaku seseorang lelaki.
Di bawah merupakan beberapa langkah yang kita sebagai
isteri lakukan supaya lelaki yang bergelar suami tetap setia bersama kita,
insyaAllah.
1. Fahamilah perasaan suami
Faham persaan suami anda dari sudut seorang lelaki dan
bukan cara untuk mengubah personalitinya sebagai seorang lelaki seadanya. Cuma
fahami sikap atau tabiat suami dan mencuba menyesuaikan diri selagi tidak
berlawanan dengan kehendak agama.
2. Gunakan kuasa pujukan
Wanita mempunyai sifat dan watak yang lebih
berperasaan dan menghalusi. Salah satu cara memujuk adalah dengan menunjukkan
minat termasuklah minat pada diri suami sendiri, kerjayanya atau kesukaanya.
Mungkin ada beberapa kesukaannya yang kurang sealiran
dengan wanita tetapi selagi dia tidak mengabaikan keluarga, terima saja dengan
harapan minat yang kita tunjukkan itu akan mendekatkan satu sama lain.
3. Menghormati dan memahami kehendaknya
Secara umumnya ialah kemahuan seks dan kemahuan
menjadi penting. Jangan sesekali merendah-rendahkannya kerana bila perasaan
menjadi penting ada di dalam diri seorang lelaki – keegoaan dan keterujaan pada
perkara-perkara yang mengembirakan dan menceriakan kehidupan akan terserlah.
4. Tujukkan rasa gembira bila bersama
Cipta perasaan gembira kerana ini akan menjadikan
wanita rasa sempurna kerana berjaya menyelesaikan tanggungjawap terhadap suami.
Lelaki juga mahukan keselesaan perasaan dengan sokongan kata-kata cinta dan
bisikan . Lelaki sentiasa inginkan kasih sayang, sentiasa tertarik dengan
kejelitaan dan sentiasa kagum dengan sifat keibuan.
5. Ikhlas dan terbuka dalam hubungan
Dengarlah dengan penuh perasaan apa yang ingin
dikongsi oleh suami. Berjenaka dan gurau senda antara suami isteri dengan baik
dan berfikiran terbuka.
6. Menghormati diri sendiri
Seorang wanita yang menjaga dan mengasihi dirinya
mempunyai keupayaan yang tinggi untuk membezakan baik dan buruk kemahuan
peribadinya demi menjaga maruah rumahtangga.
Dia tahu meletakkan dirinya secara diplomasi dalam
hubungan antara suami isteri, anak menantu, ipar duai, sahabat taulan atau
jiran tetangga.
Wahai para isteri, ingatlah bahawa hanya dengan taat
kepada suami, Allah SWT mengizinkan memasuki syurgaNya melalui mana-mana pintu!
:)
0 Response to "6 TIPS MENGELAKKAN SUAMI CARI PEREMPUAN LAIN"
Post a Comment