Suami kepada pelakon terkenal
Rozita Che Wan, Zain Saidin menjelaskan bahawa gosip yang mengatakan bahawa
anak tirinya, Ammar yang dikatakan berpeleseran di kelab malam bersama kereta
mewah yang dihadiahkan oleh Che Ta bukan satu masalah baginya kerana berpendapat
bahawa anak tirinya itu dalam proses membesar dan bersifat ingin mengetahui.
“Saya dahulu pernah melalui zaman remaja. Kita sendiri yang
memilih untuk ke sana. Sebenarnya banyak pengalaman yang dapat dipelajari
daripada kesilapan yang lepas. Bagi saya tak perlu ada kereta mewah untuk ke
kelab. Kereta Satria pun boleh,“ ujarnya sambil berseloroh.
Tambahnya lagi, kereta pertama yang dimilikinya adalah proton Satria yang dihadiahkan bapanya. Zain turut memberitahu bahawa Ammar layak untuk mendapat hadiah yang begitu berharga kerana usahanya yang cemerlang dalam peperiksaan tidak lama dahulu.
Zain turut memperjelaskan bahawa sifat remaja yang ingin mengetahui dan berasa curiga atas apa yang dilakukan oleh orang dewasa menyebabkan anak tirinya itu terpengaruh dan terpanggil untuk mencubanya. Zain mahupun Che‘ Ta sendiri tidak menghalang apa yang hendak dilakukannya kerana mereka cukup mengenali karakter anak-anak dan menaruh sepenuh kepercayaan.
“Kalau halang macam mana pun, kalau dia nak dia akan buat dan
lagi kita halang lagi dia buat. Ini cara dia membesar rasa curiga yang ingin
mengetahui. Sekiranya tidak melanggar undang-undang, agama rasanya tidak ada
masalah. Ibu saya dahulu pun cukup terbuka dan benda-benda sebegini ketika saya
darjah 3, ibu sudah ceritakan. Katanya lebih baik dia ceritakan daripada saya
ketahuinya daripada orang lain,“ katanya.
Anak-anak tirinya turut dijadikan sebagai kawan baik dan Zain turut menceritakan bahawa mereka kadang-kalanya berkongsi dan bercerita antara satu sama lain.
“Mereka lebih selesa untuk bercakap dengan saya dan bertanya
soalan seperti bagaimana mahu berkawan dengan seorang wanita & ada juga
meminta pendapat yang lain. Saya akan ajar benda yang baik. Dia tanya saya akan
jawab dengan betul tanpa menyorokkan sesuatu daripada mereka. Kawan-kawan
mereka saya dan Che Ta pun kenal,“ katanya.
Sumber :Rotikaya
0 Response to "Zain Saidin Tak Halang Anak Masuk Kelab Malam"
Post a Comment