Pelik juga dengan cara
pemikiran sesetengah orang yang tak habis-habis terus membuat penilaian
terhadap saudara baru kita, Raisyyah Rania Felixia.
Setiap foto yang dimuat naik
oleh gadis itu seringkali menjadi medan kritikan bagi mereka yang sengaja mencari
kesalahan dalam setiap gerak-geri Felixia, termasuklah soal penampilan dan
ibadahnya.
Terkini, foto Felixia yang
mahu menunaikan solat pula menjadi bahan perdebatan pengikut Instagramnya. Kata
mereka, Felixia solat di hujung waktu?
Mungkin caption yang ditulis
oleh Felixia itu sedikit sebanyak mendorong para pengikutnya untuk membuat
anggapan sedemikian rupa.
Kita tak tau sama ada Felixia
memilih untuk solat sebaik sahaja masuk waktu atau di hujung. Jadi, tak adil
rasanya kalau kita menuduh selebriti ini sengaja melewat-lewatkan solat. Tapi
tak salah jika teguran dibuat dengan cara yang berhemah.
Bagaimanapun, ada juga
individu yang memberi kenyataan balas terhadap mereka dan mengatakan bahawa
Felixia masih lagi baru dalam mendalami agama Islam.
Kami turut bersetuju dengan
pendapat yang diutarakan. Tidak semua orang sempurna, apatah lagi Felixia yang
masih setahun jagung bergelar sebagai seorang Muslim. Bagi kami mungkin juga gamba diambil diawal waktu dan diupload kemudian dan tidak semestinya terus diupload, ape pon hanya Allah yang maha mengetahui.
0 Response to "Felixia Yeap Dikecam Peminat Kerana Muatnaik Gambar Atas Sejadah"
Post a Comment