Mangsa
nahas di susur keluar Terowong Menora di Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran
Kuala Kangsar, Allahyarham Norhayati Wook, 50, sempat mengadu sakit dan meminta
tolong sebelum menghembuskan nafasnya yang terakhir dalam nahas itu.
Saat
menyayat hati itu dimaklumkan oleh seorang pengguna Facebook yang merupakan
antara orang yang terawal tiba di tempat kejadian dan sempat cuba membantu
memadam kebakaran serta mengeluarkan mangsa.
Individu
prihatin dengan nama akaun Facebook SuperYan Ahmad dalam satu ruangan komen di
sebuah laman Facebook yang turut berkongsi video kesedihan mangsa Muhammad
Yusriman, 23, yang begitu sedih ketika menelefon bapanya memaklumkan ibunya
sudah meninggal dunia.
“Saya berada di tempat kejadian, berlaku depan mata,
lori dengan kegagalan brek menghentam kereta mereka dari belakang sampai
terbakar.
“Kami bertungkus lumus nak keluarkan mangsa dan
padamkan api.. Arwah ibu lelaki ini (Muhammad) masih bernafas dan mengadu sakit
kepada saya,” katanya dalam komen berkenaan.
Menurut SuperYan, mangsa yang meninggal dunia
merupakan dua orang penumpang yang duduk di belakang kereta Proton Saga BLM
berkenaan kerana kereta mereka remu dihempap tayar lori.
“Tayar lori itu betul-betul penyekkan kereta mereka,
yang selamat pemandu, penumpang hadapan dan adik kecil mereka, saya pertama
sampai dan nampak adik kecil minta tolong dan api mula marak,” katanya.
Dia kata, beberapa buah lori dan bas yang melalui
laluan itu terpaksa ditahan untuk meminta alat pemadam api dan air mineral
untuk memadamkan kebakaran seterusnya menyelamatkan mangsa.
“Kalau tengok tempat kejadian, beratus2 botol air
mineral, tq (terima kasih) kepada semua yang menolong,” kata pengguna Facebook
itu.
Apapun, keprihatinan seperti pengguna ini begitu layak
dipuji dan penjelasan mengenai apa yang terjadi dapat membuatkan kita faham apa
yang berlaku dalam kejadian itu sebenarnya.
0 Response to "SAKSI KONGSI CERITA SAYU DI LOKASI KEMALANGAN TEROWONG MENORA"
Post a Comment