Beberapa hari yang lepas tersebar dakwaan Restoran
Al-Ehsan menggunakan daging babi sebagai hidangan di dalam Chicken Chop mereka.
Dakwaan yang dibuat oleh akaun Facebook bernama Syam Iz itu telah menjadi viral
dan mendapat lebih dari 600 shares. Selain itu, isu ini juga tersebar secara
meluas di blog-blog dan juga Page Facebook lain.
Hari ini, wakil Al-Ehsan telah
menjawab pertuduhan tersebut serta telah membuat laporan polis berhubung
perkara berkenaan dan menuntut Syam Iz memadamkan status berkenaan dari
Facebooknya.
Memetik dari jawapan Sulthan Alehsan
dari Facebook, dia mengatakan Al-Ehsan menggunakan 'bacon beef' atau daging
lembu dan membuat jaminan mereka menyediakan produk 100% halal.
"Kami adalah Muslim dan mengamalkan Agama Islam Syariah dalam kehidupan seharian kami. Memohon maaf untuk gangguan yang dialami. Harap disebarkan. Terima kasih.", memetik jawapan berkenaan.
"Kami adalah Muslim dan mengamalkan Agama Islam Syariah dalam kehidupan seharian kami. Memohon maaf untuk gangguan yang dialami. Harap disebarkan. Terima kasih.", memetik jawapan berkenaan.
Jelas isu ini timbul kerana salah
faham dengan perkataan "bacon". Bacon mempunyai banyak maksud. Jika
disebut di negara bukan Islam, perkataan bacon ini lebih menjurus kepada
(hirisan)daging babi disebabkan penggunaan daging babi yang meluas di negara
mereka. Tapi perkataan bacon juga boleh merujuk kepada beef bacon, atau hirisan
daging lembu.
Diharap kedua-dua pihak boleh
menyelesaikan perkara ini dengan baik kerana dari apa yang kami nampak ini
adalah isu salah faham.
0 Response to "RUNGKAI : ISU RESTORAN AL-EHSAN GUNA DAGING BABI"
Post a Comment