KUALA LUMPUR – Program pegang anjing suatu usaha halus
untuk meruntuhkan pegangan umat Islam negara ini terhadap aspek tradisi dalam
soal agama.
Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Nik Mohamad Abduh Nik
Abdul Aziz berkata, bukan itu sahaja malah banyak aktiviti masa kini yang cuba
menyalahi amalan kebiasaan Islam atas alasan `inovasi’.
“Sikap suka menyanggahi amalan tradisi termasuk agama
adalah sifat utama kepada liberalisme dan pluralisme yang cuba membebaskan diri
dari sebarang ikatan autoriti.
“Sifat agama yang mengikat tidak membenarkan
penganutnya membebaskan diri dan melakukan amalan ikut hawa nafsu,” katanya
dalam satu kenyataan hari ini.
Nik Mohamad Abduh berkata, bagi seorang pluralis dan
liberalis, tradisi dan agama telah mengongkong kehidupan mereka.
Maka, kata beliau, menyanggahi tradisi termasuk agama
adalah suatu keperluan bagi golongan itu.
“Mereka mengkritik biarpun perkara yang sudah tetap di
dalam agama. Fenomena inilah yang disebut sebagai post modernism,” katanya.
Semalam ramai tokoh agama tampil membantah penganjuran
program “Saya Mahu Sentuh Anjing” yang diadakan di Central Park, pusat
beli-belah One Utama kelmarin.
Malangnya, perkara itu dianggap remeh oleh Menteri
Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali yang belum pun cukup 100 hari dilantik
memegang jawatan tersebut.
0 Response to "Program Pegang Anjing Anjuran Liberalis Agama"
Post a Comment