China – Ia merupakan satu insiden yang mengejutkan
semua pengunjung zoo di Herbin Park, apabila seekor beruang menyerang seorang
budak lelaki berusia sembilan tahun hingga menyebabkan tangan kanannya putus.
Ketika kejadian, budak berkenaan terpaksa bergelut
dengan beruang tersebut selama 10 minit.
Lebih memilukan budak lelaki itu yang dalam keadaan
terkejut, berdiri tegak tanpa menangis, seolah-olah kaku, ketika bajunya
berlumuran dengan darah.
Malah ketika pasukan paramedik tiba, mereka terpaksa
merawat tangan budak itu dalam keadaan dia berdiri tegak. Ketika itu kelihatan
tulang tangannya tersembul.
Manakala tangannya yang putus itu masih berada
berhampiran kandang beruang tersebut.
Ketika insiden itu berlaku, budak tersebut sedang
melawat kandang beruang di zoo terbabit bersama datuknya. Namun ketika datuknya
ke kedai membeli gula-gula di kawasan berhampiran, dia telah mendekati beruang
tersebut.
Binatang itu secara tiba-tiba kemudiannya menyerang
budak tersebut dengan menggigit tangannya. Meskipun orang ramai cuba membantu
namun mereka gagal.
Dalam pada itu, ibu bapa budak-budak
berkenaan mengecam pihak pengurusan zoo kerana tidak memantau beruang tersebut.
Malah ibunya yang
hanya dikenali sebagai Ku berkata, dia amat terkejut dengan kejadian tersebut.
“Apa yang
menyedihkan sebaik saya tiba di hospital, doktor memberitahu bahawa mereka
terpaksa memotong keseluruhan tangan kanan anak saya.
“Kami tidak tahu
bagaimana kami dapat berdepan dengan kejadian ini. Seluruh keluarga kami musnah
disebabkan oleh zoo ini,’’ katanya.
Pihak zoo bagaimanapun tidak memberikan sebarang komen.
Pihak zoo bagaimanapun tidak memberikan sebarang komen.
0 Response to "Budak Lelaki Putus Tangan Diserang Beruang Di Zoo"
Post a Comment