KUALA LUMPUR: Tiga lagi jenazah mangsa tragedi MH17
akan tiba di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur
(KLIA) Jumaat ini pada jam 8.30 pagi.
Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai
berkata ketiga-tiga jenazah itu akan diberikan istiadat penghormatan jenazah
yang penuh seperti sebelum ini.
Ketiga-tiga jenazah yang bakal tiba itu adalah
Allahyarham Muhammad Afzal Tambi, Allahyarhamah Marsha Azmeena Tambi dan
Allahyarham Shaikh Mohd Noor Mahmood.
“Pakar forensik di Belanda juga telah mengenal pasti
mayat Liew Yau Chee, Tan Siew Poh, Meling anak Mula, Metthew Ezekial Sivagnanam
dan Lee Kiah Yeen, namun pengumuman mengenai bila ia akan dibenarkan dibawa
pulang belum lagi diumumkan,” kata Liow.
Setakat ini, seramai 224 penumpang MH17 telah dikenal
pasti dan 74 lagi masih sedang dalam proses pengecaman.
Sumber : www.astroawani.com
0 Response to "Tiga lagi jenazah mangsa MH17 tiba Jumaat ini"
Post a Comment