Sebuah video amatur yang menunjukkan penguatkuasa DBKL
mengambil tindakan terhadap seorang peniaga yang berniaga secara haram di Tasek
Permaisuri menjadi viral di laman Facebook. Bagaimanapun, jelas sekali
menunjukkan peniaga berkenaan mengasari anggota DBKL yang menjalankan tugas.
Inilah cabaran sebagai seorang penguatkuasa terpaksa
berdepan dengan individu yang enggan patuh pada undang-undang, kemudian
bertindak seperti samseng.
Dalam kejadian yang berlaku petang kelmarin,
penguatkuasa DBKL terpaksa mengambil tindakan menyita barang perniagaan wanita
terbabit berikutan keengganannya untuk beredar dari kawasan tersebut.
Menurut sumber yang tidak ingin didedahkan namanya,
memang rata-rata parking kereta di tempat itu dijadikan sebagai lot-lot perniagaan
secara haram sehingga orang awam yang berkunjung ke situ susah nak mencari
parking. Ini bukanlah kali pertama peniaga haram diserbu, tetapi mereka masih
berdegil dan keras kepala.
"Tak halang kalau nak mencari rezeki, tetapi
janganlah sampai menyusahkan orang awam. Sampah sarap, jangan cakaplah kalau
dah berniaga di situ" keluhnya.
Bagaimanapun, sumber mencadangkan agar pihak DBKL bina
satu kawasan khas untuk mereka berniaga di kawasan terbabit.
Orang ramai perlu faham bahawa anggota DBKL hanya
menjalankan tugas mengikut arahan dari pihak atas berdasarkan aduan orang awam.
Peniaga berkenaan juga sepatutnya tahu akan risiko berniaga tanpa lesen.
"Apabila peniaga terbabit berniaga tanpa lesen di
kawasan berkenaan dalam satu tempoh yang lama sebenarnya sengaja mencari
masalah. Bukannya mudah DBKL nak mengesan peniaga haram di tepi taman awam yang
tidak mahsyur melainkan ada orang yang membuat aduan." jelas sumber kedua.
"Siapa complaint? Semestinya peniaga yang
berlesen atau penduduk setempat yang menggunakan taman itu. Adalah tidak adil
menggatakan DBKL hanya mengambil tindakan terhadap bangsa melayu sahaja
sedangkan DBKL juga pernah mengambil tindakan terhadap peniaga cina yang
berniaga tanpa lesen." jelasnya lagi.
Kenyataan sumber kedua merujuk kepada video di bawah:
"Nak berniaga pun, ikutlah peraturan. Barulah
penguatkuasa tidak akan mengambil tindakan, malah akan memberi rating kedai
bersih atau sebaliknya. Orang lain juga berniaga, perlu bayar sewa, kos bayaran
lesen, sijil kesihatan, kursus itu ini, tetapi jika ada peniaga haram yang tak
semena-mena pacak payung, tebar meja dan jual. Bila ada masalah keracunan
makanan, mereka akan menghilangkan diri begitu sahaja. Bukankah ini tidak bertanggungjawab
namanya?"
"Masyarakat seperti ini wajib dididik. Ramai lagi
yang hidup susah dengan mengutip tin-tin kosong di tepi jalan dan tong sampah.
Tetapi pernahkah kita melihat penguatkuasa merampas kutipan tin kosong mereka?
Fikirkan sejenak. Usah bermimpi nak menjadi masyarakat pemikiran kelas pertama
kalau mentaliti masih gemar menyalah pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap
si pelanggar undang-undang.," terangnya.
0 Response to "PUNCA SEBENAR GERAI PENIAGA WANITA DISITA PIHAK BERKUASA DBKL"
Post a Comment