PENJAWAT AWAM TERIMA KENAIKAN GAJI BARU AWAL JANUARI 2015


Dikhabarkan, Perdana Menteri, Dato Seri Najib Razak baru sahaja (semalam) telah mengumumkan bahawa penjawat awam bakal menerima kenaikan gaji yang akan dilaksanakan pada 1 Januari 2015 dengan kadar kenaikan sebanyak RM500 untuk semua kakitangan sokongan dan RM1000 untuk pegawai beserta pertambahan elaun risiko sebanyak RM300.

Selain itu, kerajaan juga akan mewujudkan sistem Band to Band 7 jika keadaan mendesak apabila pelaksanaan GST yang bakal dilaksanakan bermula pada April 2015.

Pengumuman ini telah disahkan Ketua Setiausaha dalam mesyuarat kabinet pada pagi semalam. Kenaikan ini berkaitan dengan hal-hal kebajikan kakitangan awam akan dinaiktaraf dan mengikut dari pandangan CEUPACS dan JPA sebulat suara menyatakan supaya kebajikan terhadap kakitangan awam akan dinaik taraf sama seperti kelebihan yang ada pada peringkat JUSA.

Usul ini telah diluluskan dalam pembentangan kertas kerja JPA dan CEUPACS bertarikh 21 September 2014 dan pelaksanaan akan dikuatkuasakan mengikut tarikh yang dinyatakan.


Sumber ini telah disahkan oleh Presiden CEUPACS.

1 Response to "PENJAWAT AWAM TERIMA KENAIKAN GAJI BARU AWAL JANUARI 2015"

  1. nak post pon biar la berfakta...x logik je kenaikannya

    ReplyDelete