Nampaknya rekaan nipis untuk iPhone 6 Plus hadir
dengan kesan negatifnya tersendiri, apabila kini hadir beberapa laporan
mengatakan iPhone 6 Plus mudah menjadi bengkok apabila diletakkan didalam saku
seluar untuk suatu tempoh masa.
iPhone 6 Plus hadir dengan rekaan bersaiz 5.5-inci,
dan berbeza dengan kebanyakkan peranti bersaiz phablet yang lain, ia dilihat
iPhone 6 Plus membengkok. Mengikut laporan awal daripada pengguna, iPhone 6
Plus menjadi sebegitu apabila diletakkan dalam saku seluar untuk suatu tempoh
masa.
Pihak Apple tidak mengeluarkan sebarang kenyataan
berkaitan dengannya buat masa ini. Mungkin salah satu cara mudah untuk
mengelakkannya adalah mendapatkan kerangka tambahan, dan mengelakkan kejadian
seperti ini terjadi.
0 Response to "GAMBAR & VIDEO: APPLE IPHONE 6 PLUS MUDAH MENJADI BENGKOK"
Post a Comment