AMPANG – Penyanyi dan komposer, Adam Ahmad meninggal dunia
kira-kira jam 12 tengah malam tadi di Hospital Ampang, di sini.
Difahamkan, Adam mengalami masalah tekanan darah rendah,
kencing manis dan jangkitan kuman pada paru-paru. Beliau meninggalkan isteri
dikenali sebagai Norliza.
Jenazah dibawa ke rumahnya di Taman Cempaka, di sini. Antara
lagu popularnya, Kau Pergi Jua yang menjadi siulan ramai pada awal 1980-an.
Adam juga mencipta lagu Janji Manismu yang memperkenalkan
penyanyi, Aishah ke persada muzik tempatan selepas mencipta nama di New Zealand
pada 1990. – BH Online
0 Response to "Penyanyi Lagu Kau Pergi Jua Meninggal Dunia"
Post a Comment