Belum Puas Hati - Sharnaaz Tetap Mahu Bersemuka Dengan Lisdawati


Pelakon bertubuh sasa, Sharnaaz Ahmad mengatakan dia tetap akan bersemuka dengan Lisdawati bagi membincangkan kes pergaduhan di antara mereka, walau bagaimanapun dia akan menunggu sehingga pelakon wanita itu bersalin terlebih dahulu.

Menerusi laporan Harian Metro, Sharnaaz mengatakan dia tidak akan berganjak daripada pendiriannya untuk bersemuka dengan Lisdawati dan suaminya, Fauzi Nawawi walaupun Lisda sebelum ini telah mengeluarkan kenyataan sudah memaafkan Sharnaaz.



“Dia nak keluar kenyataan apapun, terpulanglah. Apa-apa pun saya tetap nak berjumpa lepas dia bersalin. Dia nak cakap apa pun saya okey saja. Kalau nak damai, kita berdamailah tapi macam mana pun kena bertemu juga,” katanya.

Pergaduhan di antara mereka tercetus semasa menjalani penggambaran drama bersiri Bukan Kerna Aku Tak Cinta, beberapa bulan lalu.

Sejak insiden itu, kedua-dua pihak saling berbalas-balas kenyataan di media massa sehinggakan Sharnaaz pernah meluahkan hasrat mahu menyaman pasangan tersebut.

0 Response to "Belum Puas Hati - Sharnaaz Tetap Mahu Bersemuka Dengan Lisdawati"

Post a Comment