Ammar Alfian, 28, seorang pelakon, menafikan dakwaan bahawa dia
sengaja mencari publisiti murahan dengan memuat naik gambarnya bertatu di laman
Instagramnya semalam.
Tatu di dada dan bahu itu dibuat selepas putus cinta dengan seorang pelakon dua tahun yang lalu. Niat saya muat naik gambar itu kerana itu adalah diri saya. Inilah kehidupan saya. Saya tidak perlu menjadi orang lain demi menjaga hati orang lain. Saya mahu biarkan orang ramai lebih memandang bakat lakonan saya, bukannya kisah-kisah peribadi saya seperti ini,katanya yang enggan orang ramai memperbesarkan hal ini.Ammar juga menyatakan dia pernah berhasrat untuk membuangnya dan telah pergi ke beberapa klinik namun diberitahu bahawa ia akan meninggalkan parut jika dibuang.
Saya memang nak buang tatu ini. Saya sudah pergi ke beberapa klinik dan mereka menyatakan akan tinggal kesan parut jika saya membuangnya. Jadi mereka menasihatkan saya melakukannya di Amerika Syarikat kerana di sana terdapat kaedah yang lebih bagus. Jika ada rezeki, saya memang mahu ke sana untuk membuang tatu ini, katanya.
Mengulas mengenai video dia bercumbuan dengan seorang wanita yang dipercayai kekasihnya di Instagram ketika bercuti di sebuah pulau baru-baru ini, Ammar berkata itu adalah tindakan yang dilakukan tanpa memikirkan kesannya.
Saya memang tidak sengaja memuat naik video itu dan wanita itu juga bukan kekasih saya. Apabila ada rakan menegur mengenai video itu saya terus memadamnya. Saya mengaku saya silap dan saya mohon maaf. Sebagai manusia biasa saya tidak terlepas daripada melakukan kesilapan, katanya.
Video 15 saat itu menunjukkan Ammar yang tidak berbaju mencium
bibir wanita terbabit. Namun telah dipadamkan tidak beberapa lama kemudian.
pelik betul manusia sekarang nieh kan...
ReplyDeletesebab putus cinta langgar hukum Allah