Jangan Sibuk Dengan RM2.6 Bilion Dalam Akaun Peribadi Najib


"Apa yang masuk ke akaun bank peribadi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, bukan urusan bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin," demikian kata penasihat Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), Tun Faisal Ismail Aziz.

Tun Faisal mengulas mengenai video perbualan Muhyiddin bersama beberapa orang tetamu di kediamannya mengenai RM2.6 bilion didepositkan ke akaun bank peribadi Najib Razak.

"Wang itu dimasukkan ke dalam akaun peribadi, adalah hak dan privasi seseorang individu  tidak mengumumkannya kepada orang awam. Begitu juga dengan wang yang didepositkan ke dalam akaun peribadi kami sendiri," katanya menerusi laman blog.

Jelasnya lagi, "Apabila ada pihak yang ingin mencarum sejumlah wang ke dalam akaun peribadi seseorang atas dasar derma politik, maka wang itu adalah milik individu tersebut.

"Ia terpulang pada individu itu sendiri bagaimana dia menggunakan wang itu, selagi ia bukan digunakan dengan tujuan yang menyalahi undang-undang kerana ia merupakan sumbangan peribadi. Tak kisahlah sama ada ia digunakan untuk membantu orang ramai atau membiayai kempen/jentera politik, itu adalah hak mereka," katanya. 

Menurut Tun Faisal, tiada bukti yang menunjukkan bahawa wang yang diterim oleh Najib itu datang dari dana negeri. 

"Dalam kes akaun peribadi Najib, wang itu datang dari 1MDB dan usahasama dengan PetroSaudi.

"Penyiasat boleh merujuk kepada penyata akaun dan dokumen dari 1MDB serta PetroSaudi sama ada ia adalah sumber dana yang masuk ke akaun peribadi Najib.

"Setakat ini, penyata kewangan yang telah diaudit tidak menunjukkan wang itu datang daripada mereka," jelasnya.

Tambahnya, adalah hak sesiapa untuk memberikan bantuan kepada Najib.

"Sesiapa saja boleh membuat sumbangan kewangan untuk membantu Najib dan parti. Jika mereka mahu menggunakan dana untuk membantu parti, ia akan dimasukkan ke dalam akaun atau pertubuhan yang berkaitan dnegan parti.

"Tetapi jika mereka mahu membantu individu yang bernama Najib Razak, maka itu adalah hak mereka untuk membuat pilihan," katanya.

0 Response to "Jangan Sibuk Dengan RM2.6 Bilion Dalam Akaun Peribadi Najib"

Post a Comment