Hari ini nak kongsi cara untuk mendapatkan semula wang apabila pelanggan ditipu melalui transaksi online. Senang saja, dengan menggunakan cara ini anda pasti akan mendapat balik wang anda. Apabila sudah kena tipu, langkah pertama, ini penting dan mesti ingat.
1. Yang kita kena buat ialah, jangan update Facebook. Tak guna update dan viralkan di laman Facebook. Dengan cara itu tidak akan memberikan jaminan wang anda dikembalikan.
2. Kita perlu buat laporan polis. Dalam laporan polis itu tak perlu nak berhujah panjang lebar seperti:
- Barang tak sampai
- Peniaga dah lari
- Peniaga menipu
- Dan yang sewaktu dengannya.
Ini kerana, kalau dalam laporan dinyatakan sebab-sebab di atas, peniaga online pun boleh buat laporan polis menafikan dakwaan itu. Akibatnya, kes ini tidak akan selesai, masing-masing nak tunjuk diri mereka yang betul.
Kes-kes seperti ini juga bukan tanggungjawab polis ataupun bank. Mereka ada banyak kerja-kerja lain yang hendak diselesaikan. Kes-kes seperti ini adalah remeh bagi mereka. Jadi jangan hairan jika kedua-dua pihak ini tidak mengambil tindakan jika laporan polis yang dibuat mempunyai alasan-alasan di atas tadi.
Jadi, apa yang perlu kita buat? Sudahlah kena kencing, bazir masa pula. Petrol pun dibazir ke sana sini buat report.
3. Semasa membuat laporan polis, tulis seperti ini,
"Saya telah memasukkan wang ke akaun yang salah. Report ini bertujuan untuk rujukan pihak bank,"
Ayat di atas perlu dimasukkan dalam laporan. Jika tidak, pihak bank tidak akan sesekali melayan masalah anda.
Bila dah buat laporan polis seperti ini, terus ke bank dan tunjukkan laporan polis itu. Tindakan bank ialah mengarahkan pihak berkenaan (peniaga online) memulangkan wang anda.
Ramai yang bertanya sama ada cara seperti ini boleh berjaya?
Jawapannya, sudah tentu boleh! Kalau orang salah bank in RM20,000 ke akaun anda, apakah ianya tidak perlu dipulangkan? Anda ingat anda boleh keluarkan wang itu dan update di Facebook,
"Yay!! Ada orang tersalah bank in pada aku RM20,000! Best giler aku! Aku nak shopping beli banyak-banyak barang!"
Dalam mimpi boleh, realitinya tak boleh. Wang itu perlu dipulangkan semula. Jika tidak, tunggu saja surat mahkamah atau yang sewaktu dengannya.
Insha Allah dengan cara ini wang anda akan dikembalikan.
4. Teruskan berbelanja secara online dan jangan lupa kongsikan kaedah ini kepada rakan-rakan anda agar mereka tidak tertipu lagi.
0 Response to "CARA MENDAPATKAN SEMULA WANG ANDA DITIPU PENIAGA ONLINE"
Post a Comment