VIDEO: Pihak KFC Terkejut Dengan Perlakuan Dua Pekerja Ini


SATU video yang tersebar meluas ini pastinya memberi tamparan kepada penggemar makanan segera Kentucky Fried Chicken (KFC).

Video yang kini sedang hangat dikongsikan di pelayar media sosial itu menunjukkan bagaimana dua orang pekerja KFC mencuci ayam dengan cara yang sangat jijik.

Tetapi jangan khuatir.. anda boleh menarik nafas lega kerana video ini bukanlah berlaku di Malaysia.

Kejadian ini dilaporkan berlaku di KFC Braamfontein, Afrika Selatan.

Mereka kelihatan membaling sahaja ayam di lantai dan menjirusnya dengan air dan pastinya lantai tersebut kotor.

Pastinya, video yang dimuatnaik di Youtube ini mendapat respon negatif dari pengguna laman sosial dan ditonton hampir 200,000 ribu kali sejak dimuatnaik Mei pada minggu lepas.

Kes ini telah mendapat perhatian pengurusan KFC Afrika dan telah menjalankan siasatan berkenaan isu terbabit.


0 Response to "VIDEO: Pihak KFC Terkejut Dengan Perlakuan Dua Pekerja Ini"

Post a Comment