Seorang
lelaki dari Poland, Bartosz Ostalowski, hilang kedua-dua belah tangannya dalam
kemalangan yang melibatkan kereta 10 tahun lalu.
Namun,
kecelekaan yang menimpa dirinya itu sama sekali tidak menghentikan minat dan
impiannya untuk terus menjadi pakar drift kereta sekarang!
Dengan hanya
menggunakan kakinya, Bartosz mampu mengawal dengan hebat kereta yang direka
khas iaitu Nissan Skyline R34 di litar.
Kemampuannya
melakukan drift dilihat sama hebat dengan pemandu biasa malah mungkin lebih
dahsyat skill yang ditunjukkan berbanding sesetengah pemandu.
Memang tabik
pada kemampuan serta dorongan yang Bartosz ada, semestinya kebolehan dia
memberi inspirasi dan pedoman kepada masyarakat yang menerima nasib yang sama
seperti dia.
Kita yang
sempurna dengan anggota badan pun belum tentu boleh atasi kebolehan Bartosz,
jadi jangan pandang rendah pada kebolehan orang lain!
0 Response to "VIDEO: Hebat.. Lelaki Kudung Drift Kereta Gunakan Kaki"
Post a Comment