PUTRAJAYA - Petang tadi tersebar sebuah video berdurasi 24 saat
yang menunjukkan seorang penumpang wanita bertikam mulut dengan beberapa
kakitangan AirAsia.
Video awal menunjukkan wanita terbabit enggan beredar dari ruang
Aero Brigde sebuah pesawat yang telah bersedia untuk berlepas.
Video kedua pula menunjukkan wanita terbabit bergelut dengan
beberapa polis bantuan yang menariknya keluar dari ruang Aero Bridge kerana
bimbang akan keselamatannya.
Namun, wanita itu kerap mengulangi persoalan yang sama, kenapa
dia tidak dibenarkan masuk ke dalam pesawat.
Seorang pegawai AirAsia tampil menjelaskan, wanita itu gagal
menepati waktu penerbangan yang telah dijadualkan menyebabkan kapten kapal
terpaksa menutup pintu pesawat.
Menurut sumber, adalah polisi syarikat penerbangan yang
mengarahkan para penumpangnya menunggu 40 minit lebih awal di balai pelepasan
dan masuk awal ke pesawat 20 minit awal sebelum berlepas.
Bagi penumpang yang gagal mengikut waktu yang dijadualkan,
bagasi mereka akan dikeluarkan dari pesawat dan nama mereka juga akan
dibatalkan dari senarai penumpang.
Ianya tidak semudah itu untuk membuka pintu pesawat dan menerima
penumpang yang lewat. Ia memerlukan prosedur yang panjang untuk membatalkan
penerbangan bagi menerima penumpang yang lewat.
Sebaik sahaja pintu pesawat ditutup, anak-anak kapal akan
bersedia untuk berlepas. Manakala, juruterbang pesawat pula tidak boleh
diganggu melainkan hal-hal kecemasan yang melibatkan nyawa dan keselamatan.
Sekiranya pintu pesawat dibuka, ia akan mengakibatkan kerugian
beribu ringgit kerana penerbangan pesawat terpaksa ditunda dan hilang giliran
untuk berlepas dari landasan. Selain itu, juruterbang juga perlu meminta
kebenaran dari menara kawalan untuk berlepas dari landasan yang mana perlu
menunggu selama 30 - 40 minit, bergantung kepada trafik.
Bagi penumpang yang mempunyai penerbangan susulan pula akan
mengalami masalah berikutan kelewatan yang tidak dijangkakan itu.
Hanya kerana seorang penumpang terlewat, ia boleh mendatangkan
masalah kepada para penumpang yang lain.
0 Response to "CERITA SEBENAR WANITA BUAT KECOH DI AERO BRIDGE AIRASIA"
Post a Comment