Niat murni vokalis
kumpulan Search ini yang sentiasa mendapat sokongan hebat daripada peminatnya, Amy
Search menjelaskan pembukaan sekolah tahfiz yang diusahakannya bersama
seorang rakan adalah sebagai bekalan amalannya di akhirat nanti.
“Apa yang saya lakukan ini
(membuka sekolah Tahfiz) mengikut apa yang termampu dalam mengimbangkan bekalan
amalan saya di dunia dan akhirat. Pun begitu saya tidak mempunyai sebarang
perancangan untuk bersara daripada industri muzik kerana itu semua ditentukan
oleh Allah”
“Sekolah tahfiz tersebut
dibuka oleh saya bersama dengan seorang rakan yang terletak di Sungai Buloh.
Kini kami mempunyai seramai 15 orang pelajar dan itu sudah mencukupi kerana
tempat tersebut tidak dapat menampung jumlah bilangan pelajar yang ramai”
“Pada masa sekarang biar
saya fokus dulu dengan apa yang ada kerana bila semua berjalan dengan lancar
kita akan tambahkan lagi tahfiz yang lebih besar pada masa hadapan,” katanya
kepada mStar Online.
Apa pun, semoga usaha Amy
sentiasa dipermudahkan malah sokongan yang diberikan peminat terhadap usaha
murni penyanyi ini sudah cukup untuk menggambarkan bahawa tidak mustahil
perkara ini akan menjadi lebih baik pada masa hadapan.
0 Response to "Amy Search Rancang Tambah Sekolah Tahfiz Jika Semuanya Berjalan Lancar"
Post a Comment