Adakah
kita tahu kelebihan menjadi perempuan? Sebenarnya banyak kelebihan jadi
perempuan. Perempuan adalah makhluk Allah yang paling lemah dan yang pastinya
mempunyai banyak kelebihan.
Untungnya
Menjadi Seorang Perempuan
1. Doa
wanita lebih makbul daripada lelaki karena sifat penyayang yang lebih kuat
daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah SAW akan hal tersebut, jawab
baginda: “Ibu lebih penyayang daripada bapak dan doa orang yang penyayang tidak
akan sia-sia.”
2. Wanita
yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 70 orang lelaki yang soleh.
3. Barang
siapa yang menggembirakan anak perempuannya, derajatnya seumpama orang yang
sentiasa menangis karena
takut akan Allah SWT dan orang yang takut akan Allah SWT maka akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.
takut akan Allah SWT dan orang yang takut akan Allah SWT maka akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.
4. Barang
siapa yang membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah) lalu diberikan
kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan
anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barang siapa yang menyukakan anak perempuan
seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail AS.
5. Wanita
yang tinggal bersama anak-anaknya maka akan tinggal bersama aku (Rasulullah
SAW) di dalam syurga.
6. Barang
siapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak
perempuan atau dua saudara perempuan, lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan
dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggung
jawab, maka baginya adalah syurga.
7. Dari
Aisyah ra, “Barang siapa yang diuji dengan sesuatu dari anak-anak perempuannya,
lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang
baginya dari api neraka.
8. Syurga
itu di bawah telapak kaki ibu.
9.
Apabila memanggil akan engkau dua orang ibu bapakmu, maka jawablah panggilan
ibumu dahulu.
10. Wanita
yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan
terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki
dengan tidak dihisab.
11.
Wanita yang taat akan suaminya, maka semua ikan-ikan di laut, burung di udara,
malaikat di langit, matahari dan bulan, semuanya beristighfar baginya selama
dia taat kepada suaminya (serta menjaga sembahyang dan puasanya).
12.
Aisyah ra berkata, “Aku bertanya kepada Rasulullah SAW, siapakah yang lebih
besar haknya terhadap wanita?
Jawab
baginda, “Suaminya.”
“Siapa pula berhak terhadap lelaki?”
Jawab Rasulullah SAW, “Ibunya.”
“Siapa pula berhak terhadap lelaki?”
Jawab Rasulullah SAW, “Ibunya.”
13. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana saja yang dia kehendaki.
14. Tiap
perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah SWT memasukkan
dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10000 tahun).
15.
Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka
beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya setiap
hari dengan 1000 kebaikan dan menghapuskan darinya 1000 kejahatan.
16.
Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWT
mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan-Nya.
17.
Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti
keadaan ibunya pada saat melahirkannya.
18.
Apabila telah lahir (anak) lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan
dari susunya diberi satu kebajikan.
19.
Apabila semalaman (ibu) tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka
Allah SWT memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas
untuk membela agama-Nya.
20.
Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.
21.
Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk dari pada 1000 lelaki yang jahat.
22. Dua rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat
solat wanita yang tidak hamil.
23.
Wanita yang memberi minum susu (susu ASI) kepada anaknya maka akan dapat satu
pahala dari pada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.
24.
Wanita yang melayani dengan baik suami yang pulang ke rumah dalam keadaan letih
maka akan mendapat pahala jihad.
25.
Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat
isterinya dengan kasih sayang maka akan dipandang Allah dengan penuh rahmat.
26. Wanita
yang mendorong suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga
adab rumah tangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya,
akan menjadi ketua 70000 malaikat dan bidadari. Dan wanita itu akan dimandikan
di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat dari
yakut.
27.
Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari karana menjaga anak yang sakit
maka akan diampunkan oleh Allah seluruh dosanya. Dan bila dia menghibur hati
anaknya, Allah akan memberi 12 tahun pahala ibadah.
28.
Wanita yang memerah susu binatang dengan “bismillah” maka akan didoakan oleh
binatang itu dengan doa keberkahan.
29.
Wanita yang menguli tepung gandum dengan “bismillah” maka Allah akan berkahkan
rezekinya.
30.
Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir maka akan mendapat pahala seperti
meyapu lantai di baitullah.
31.
Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.
32.
Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadah pada malam hari.
33.
Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun shalat dan puasa dan setiap
kesakitan pada satu uratnya maka Allah mengaruniakan satu pahala haji.
34.
Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, maka dia akan
dianggap sebagai mati syahid.
35. Jika
wanita melayani suami tanpa khianat maka akan mendapat pahala 12 tahun shalat.
36. Jika
wanita menyusui anaknya sampai cukup waktunya (2½ thn), maka malaikat-malaikat
dilangit akan khabarkan berita bahwa syurga wajib baginya.
37. Jika
wanita memberi susu (susu ASI) kepada anaknya yang menangis, maka Allah akan
memberi pahala satu tahun shalat dan puasa.
38. Jika
wanita memicit suaminya tanpa disuruh maka akan mendapat pahala 7 tola emas dan
jika wanita memicit suaminya bila disuruh maka akan mendapat pahala 7 tola
perak.
39.
Wanita yang meninggal dunia dengan keridhaan suaminya maka akan memasuki
syurga.
40. Jika
suami mengajarkan isterinya satu masalah ibadah, maka akan mendapat pahala 80
tahun ibadah.
41. Semua
orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat. Tetapi Allah akan
datang sendiri kepada wanita yang menutupi auratnya, iaitu memakai jilbab di
dunia ini dengan istiqamah.
0 Response to "Untungnya Menjadi Seorang Wanita"
Post a Comment