Gambar Hiasan |
TINDAKAN berani seorang remaja
perempuan berusia 15 tahun keluar bersama seorang lelaki yang baru dikenali
membawa padah apabila dirogol lelaki terbabit bersama-sama tiga lagi rakan
lelaki itu.
Kejadian
itu dipercayai berlaku selama tiga hari berturut-turut bermula 18 Mac lalu di
rumah sewa salah seorang suspek di Manir, Kuala Terengganu pada jam 11.45
malam.
Menurut
sumber, gadis itu pada mulanya keluar bertemu janji dengan rakan lelaki berusia
18 tahun itu sebelum dirogol di rumah sewa terbabit.
“Mangsa
dikatakan mengenali suspek menerusi telefon dan pada hari kejadian, suspek
membawa mangsa ke rumah salah seorang lagi suspek, sebelum mendakwa dirogol
rakan lelakinya bersama pemilik rumah sewa terbabit, kira-kira jam 12.30 malam,
Rabu lalu.
“Kejadian sama berulang sekali lagi
pada malam keesokan harinya apabila mangsa dirogol rakan lelakinya dan seorang
suspek lain yang juga berusia 18 tahun.
“Mangsa
mendakwa ketika dirogol ada suspek lain telah merakamkan perbuatan itu dan
selepas memuaskan nafsu mereka, mangsa dihantar pulang ke rumah,” kata sumber
itu lagi memetik Sinar Harian.
Sehari
lepas kejadian itu, rakan lelakinya mengugut mahu menyebarkan video perbuatan
seks itu sekiranya mangsa enggan berjumpa dengannya lagi.
Takut
dengan ugutan itu, mangsa sekali berjumpa suspek sebelum sekali lagi dirogol
oleh suspek dan rakan suspek yang berusia 16 tahun di lokasi sama, pagi Jumaat
lalu.
Mangsa
akhirnya menceritakan perbuatan suspek dan rakan-rakannya kepada ahli
keluarganya sebelum membuat laporan polis.
Kesemua
empat suspek telah berjaya ditahan pada Jumaat lalu di sekitar Manir untuk
diambil tindakan lanjut.
Ketua Polis
Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Idris Abd Rafar mengesahkan menerima
laporan kejadian dan suspek kini direman tujuh hari untuk disiasat mengikut
Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.
Sumber : Mynewshub.cc
0 Response to "Dirogol 4 Lelaki Dalam Masa 3 Hari Berturut-Turut"
Post a Comment