Kalau sebelum ini, ramai selebriti
muda dikecam teruk oleh peminat dan pengguna laman siber kerana penampilan
seksi dan terlalu mendedahkan aurat, kini, senarai tersebut terus bertambah.
Siapa tak
ingat kontroversi yang pernah melanda Nabila Huda, Syarifah Sakinah, Meera
Liyana, Zarina An Joulie, Lana Nordin dan yang terbaru Diana Danielle
(hanya menyebut beberapa nama).
Kesilapan sama terus berulang apabila aktres
sensasi, Tasha Shilla dengan beraninya memakai pakaian seksi, persis selebriti
Hollywood.
Melalui ruang Instagramnya, Tasha
telah memuat naik beberapa foto memaparkan dirinya dalam satu persalinan yang
menayangkan perut sendiri ketika menghadiri satu majlis, malam semalam.
Ya, tak
dapat dinafikan, perut Tasha memang fit dan cantik, tapi rasanya tak perlulah
mendedahkannya kepada umum.
Tak lama
selepas entri tersebut dinaikkan di Instagram, khalayak Malaysia yang
dimonopoli masyarakat Melayu terus menghentam Tasha dan beberapa jam selepas
itu, Tasha dilihat mengambil keputusan memadam gambar-gambar tersebut.
Kalau ramai
yang perasan, sejak akhir-akhir ini, pelakon drama bersiri Sahara itu dilihat
berani tampil seksi. Minggu lalu, Tasha yang menghadiri satu pertunjukkan
fesyen telah mendedahkan kakinya hingga ke paras paha.
Adakah ini
ada kena mengena dengan gosip putus cintanya bersama peninju muay thai, Hans
Wong? Hmm…
Geleng kepala betul dengan perangai
segelintir selebriti Malaysia yang betul-betul tidak sensitif terhadap adab berpakaian.
Isu kontroversi artis lalu bukannya nak diambil sebagai pengajaran, tapi terus
melakukan kesalahan sama.
Kadang-kadang,
betul juga andaian sesetengah pemerhati industri seni tanahair, artis kita kini
memang senjaga cari publisiti murahan!
0 Response to "Bangga Tayang Perut, Tasha Shilla Teruk Dicemuh Netizen"
Post a Comment