Cara Menghilangkan
Bekas Jerawat
Bagi sesetengah orang yang mempunyai
masalah jerawat, anda mungkin telah berjaya mengatasinya. Tahniah kepada anda!.
Tunggu dulu, jangan terlalu gembira.
Anda mungkin berdepan lagi satu masalah yang besar, iaitu bagaimana untuk
menghilangkan bekas jerawat tersebut. Ada yang berparut dan ada juga yang
berlubang pada bekas jerawat tersebut. Bahasa jahatnya, “Muka macam permukaan bulan”. Jika mahukan maklumat terperinci tentang jerawat, layari
portal Kementerian
Kesihatan Malaysia.
Berikut terdapat beberapa cara
menghilangkan bekas jerawat bagi mengembalikan seri pada wajah anda.
1.
Guna krim rawatan
Pertama sekali, dengan menggunakan krim
rawatan yang kebiasaannya mengandungi gabungan glikolikdan asid salisilik. Anda hanya
perlu meratakan krim di bahagian bekas jerawat tersebut dan biarkannya. Ia
adalah cara yang amat popular dan anda boleh dapatkan krim tersebut di
mana-mana farmasi yang berdekatan pada harga yang amat berpatutan.
Kami tidak dapat cadangkan jenama yang
sesuai, kerana tidak semua orang mempunyai kulit yang sama. Cara menghilangkan
bekas jerawat menggunakan krim adalah yang paling mudah. Boleh cari di
mana-mana farmasi yang berdekatan. Jika berjumpa doktor pakar kulit, itu lebih
baik kerana beliau akan memberikan krim yang sesuai untuk kulit kita.
2.
Gunakan serum
Anda juga boleh menggunakan serum yang
dapat menghilangkan bekas jerawat dengan lebih pantas dan lebih berkesan,
tetapi ianya lebih mahal berbanding menggunakan krim. Anda hanya menyapu serum
tersebit ke seluruh muka dan bukan hanya di tempat yang bermasalah sebanyak dua
kali sehari.
Dalam masa empat minggu, kulit muka
anda akan kembali ke tona asal dan bekas jerawat tersebut tidak lagi kelihatan.
Harus diingatkan sekali lagi, cara
menghilangkan bekas jerawat menggunakan serum bakal menelan belanja yang
banyak. Ia boleh digunakan sebagai pilihan jika ada duit simpanan lebih. Tambahan
lagi, serum juga dikatakan boleh digunakan sebagai agen anti-penuaan. Berani
ambil suntikan serum?
3.
Guna topeng muka
Cara ketiga untuk menghilangkan bekas
jerawat adalah dengan menggunakan topeng muka yang biasanya telah direndam
dengan cecair yang dapat membantu menghilangkan bekas jerawat di muka. Cuma
perlu memakai topeng tersebut selama sepuluh minit, tanggalkannya dan urut muka
anda dengan lebihan cecair tersebut. Kulit muka akan terus kelihatan berseri
selepas melakukannya. Jika diamalkan setiap hari, perbezaan ketara dapat
dilihat dalam beberapa minggu. Walaupun nampak mudah, cara menghilangkan bekas
jerawat menggunakan topeng muka sangat leceh. Kalau rajin, apa salahnya!
4.
Guna toner
Toner kulit juga sedikit sebanyak dapat membantu mempercepatkan kadar
pertumbuhan sel-sel kulit yang rosak terutamanya bekas jerawat. Jika digunakan
setiap hari, bekas-bekas jerawat bakal hilang dalam masa 1 atau 2 minggu
sahaja.
Malah, ia juga boleh berfungsi sebagai
rawatan jerawat-jerawat sedia ada di muka anda. Oleh itu anda dapat menjimatkan
duit serta hanya menggunakan satu cara untuk atasi kedua-dua masalah jerawat
dan bekas jerawat di muka.
Jerawat hilang, bekas jerawat pun
hilang. Menarik bukan?
5.
Guna rawatan tiga-langkah (krim pembersih, gel pemutih, krim pelembap)
Seterusnya anda boleh amalkan rawatan
tiga-langkah terutamanya untuk bekas jerawat yang amat degil dan susah untuk
hilang. Langkah pertama adalah dengan menggunakan krim pembersih diikuti dengan
gel pemutih dan diakhiri dengan krim pelembap.
Secara bersendirian ketiga-tiganya
tidak berkesan tetapi jika digunakan bersama-sama, akan membantu satu sama lain
dengan menghilangkan bekas jerawat di samping mengandungi asid yang boleh
mengelupas lapisan bermasalah dan akhir sekali memutihkan kulit.
6.
Langkah terakhir – cuba rawatan laser dan filling
Jika anda telah amalkan pelbagai cara
seperti di atas dan masih berdepan dengan bekas jerawat yang amat susah untuk
ditanggalkan, sudah tiba masanya anda melakukan rawatan laser dan pengisian (filling).
Laser
ablatif akan menjadikan bekas jerawat anda menjadi wap, dan membenarkan
kulit baru yang lebih licin mengambil alih tempatnya. Laser tanpa ablatif dapat membantu untuk mengaktifkan pengeluaran kolagen tanpa
merosakkan permukaan kulit muka anda.
Manakala suntikan pengisian (filling) akan bantu mengisi bahagian
yang ditinggalkan oleh parut-parut bekas jerawat yang dalam. Rawatan ini akan
menelan belanja yang tinggi berbanding rawatan yang lain. Ini cara menghilangkan
bekas jerawat yang paling efektif.
Harus
diingat
Bergantung kepada tahap keseriusan
bekas jerawat dan juga kemampuan kewangan anda, terdapat pelbagai cara untuk
menghilangkan bekas jerawat seperti di atas dan tidak terdapat sesuatu rawatan
yang berkesan untuk semua orang. Lain orang, lain cara menghilangkan bekas
jerawat yang diamalkan.
Jika tidak selesa dengan cara diatas
yang mungkin agak ekstrem, boleh cuba hilangkan
parut jerawat cara tradisional. Semuanya menggunakan bahan
semulajadi dengan nasihat dan petua orang lama.
Selamat mencuba!
0 Response to "6 Cara Menghilangkan Bekas Jerawat Dengan Cepat Dan Mudah"
Post a Comment