Ramai wanita yang menyangkakan bahawa mereka
perlu cantik seperti model di dalam majalah untuk menarik perhatian lelaki.
Namun, ia sebenarnya tidaklah sesukar yang seperti mereka fikirkan. Apa yang
cantik di mata lelaki adalah perkara yang mampu dilakukan oleh semua wanita dan
bukannya hanya berbentuk fizikal 100%. Mengikut suara majoriti lelaki, tarikan
utama yang menarik pandangan mata mereka adalah..
- Berambut
panjang- Suara majoriti lelaki menyatakan bahawa wanita yang berambut
panjang adalah tarikan utama pandangan mata mereka. Ini berkemungkinan
disebabkan oleh ia mampu menyerlahkan lagi sifat kewanitaan seseorang.
Selain itu,rambut panjang juga lebih sinonim terhadap wanita dan akan
mempengaruhi psikologi lelaki untuk berfikiran lebih positif.
- Memakai
kasut tumit tinggi- Mata lelaki amat gemar untuk melihat wanita yang
memakai kasut tumit tinggi. Ia berkemungkinan disebabkan posture tubuh
seseorang wanita itu akan berubah apabila memakai kasut tumit tinggi dan
ia akan membuatkan mereka kelihatan lebih seksi.
- Berpakaian
tradisional- Seperti yang anda semua tahu, pakaian tradisional seperti
baju kurung, kebaya atau sebagainya akan lebih menonjolkan sifat kesopanan
dan keayuan terhadap si pemakainya. Dan pakaian ini sebenarnya telah
berjaya untuk menarik pandangan mata lelaki. Lelaki amat tertarik untuk
melihat sesuatu yang terserlah sifat kewanitaannya mungkin disebabkan
naluri semulajadi lelaki itu sendiri.
- Bermekap-
Mekap dapat membantu untuk menyerlahkan lagi kecantikan seseorang wanita.
Seorang wanita yang bijak mengenakan mekap untuk dirinya sudah pasti akan
berjaya untuk menarik pandangan mata lelaki. Tetapi, sekiranya mekap yang
dikenakan keterlaluan atau tidak bersesuaian, berkemungkinan ia akan
membuatkan lelaki untuk mengelak daripada melihat wajah mereka.
- Bertudung-
Kebanyakan lelaki muslim terutamanya mengatakan bahawa wanita yang memakai
tudung adalah tarikan utama pandangan mata mereka. Faktor ini mungkin
disebabkan penampilan wanita itu yang kelihatan lebih sopan dan lembut.
0 Response to "5 tarikan utama wanita di mata lelaki"
Post a Comment