Rata-rata masyarakat
sememangnya sedia maklum bahawa penganut Islam dilarang menikmati apa-apa
pun bahan yang bersumberkan babi, termasuk daging dan organ dalaman.
Melalui
petikan kitab Al-Quran dalam Surah Al-An’am ayat 145,
Katakanlah: "Tiadalah
aku peroleh dalam wahyu yang diwahyukan kepadaku, sesuatu yang diharamkan bagi
orang yang hendak memakannya, kecuali kalau makanan itu bangkai,
atau darah yang mengalir atau daging babi, kerana sesungguhnya semua itu kotor,
atau binatang disembelih atas nama selain Allah. Barangsiapa yang dalam keadaan
terpaksa sedang dia tidak menginginkannya dan tidak (pula) melampaui batas,
maka sesungguhnya Rabbmu Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."
Namun,
mungkin tak ramai yang mengetahui sebab mengapa Islam melarang umatnya daripada
menikmati daging haiwan tersebut, kan?
Kebanyakan
kajian yang dijalankan saintis luar negara bersetuju dengan pengharaman
tersebut kerana daging babi bukanlah pilihan bijak bagi manusia kerana ia
membawa 1001 macam penyakit.
Sebagai
permulaan, pembaca harus tahu bahawa babi merupakan haiwan yang memakan hampir
apa sahaja yang terhidang di depan matanya, termasuk bahan busuk, najis,
urin (air kencing), bangkai dan bermacam benda jijik lain.
Walau bagaimanapun, sistem
pencernaan babi tidak mampu menyahkan toksin terkumpul dalam tubuh haiwan itu
kerana babi akan menghadam apa yang dimakannya dalam tempoh empat jam.
Durasi
tersebut tidak cukup untuk membuang toksin berlebihan hasil makanan yang
ditelannya, lantas sel-sel lemak dan organnya akan menyimpan bahan tersebut.
Lagi
teruk, sistem badan babi tidak mempunyai kelenjar peluh untuk mengeluarkan
lebihan toksik melalui liang roma. Ini menunjukkan daging babi lebih bertoksik
dari haiwan-haiwan lain!
Jadi,
cuba fikir toksik yang terkumpul dalam daging haiwan tersebut, dimakan pula
oleh manusia?
Melalui
satu laporan dikeluarkan organisasi Consumer Reports, 69 peratus (daripada 200
sampel) daging babi mentah yang diuji menunjukkan ia dicemari pelbagai bakteria
berbahaya digelar Yersinia Enteroclitica.
Bakteria ini boleh mengakibatkan demam, penyakit usus, cirit-birit, muntah dan
kekejangan.
Selain
itu, daging babi yang dikisar merupakan bahan yang lebih tercemar daripada
daging babi potong. Ia juga diuji tercemar dengan bahan lain seperti dadah Ractopamine yang diharamkan di China dan Eropah.
Sebenarnya, kebanyakan
bakteria yang ditemui dalam babi tahan kepada pelbagai jenis antibiotik yang
diberikan kepada haiwan itu. Ia menyebabkan daging haiwan itu sukar untuk
dirawat.
Seterusnya,
babi juga membawa pelbagai jenis virus, parasit dan organisma lain sepertiTaenia Solium (parasit dalam sistem intestin yang
mengakibatkan hilang selera), virusMenangle (virus demam, sakit kepala), Trichinella (cacing yang mengakibatkan Edema) danHepatitis E (letih, lemah dan demam kuning).
Ada
juga bakteria yang mampu menyebabkan fibrosis hati dan sirosis.
Di kebanyakan negara
termasuk Amerika Syarikat, atas permintaan tinggi pengguna, babi diternak tanpa
terdedah kepada rumput mahu pun persekitaran luas.
Haiwan-haiwan
tersebut tidur berlantaikan najis dan muntah sendiri dan ia menyebabkan 1/4
daripada ternakan menghidap kurap.
Akibat menghidu
gas toksik yang terhasil daripada bahan tercerna tersebut, hampir 80 peratus
babi yang diternak di Amerika menghidap pneumonia (radang paru-paru).
Babi
tersebut juga diberi pelbagai makanan tambahan termasuk variasi dadah bagi
mempercepatkan tumbesaran dan saiz. Bayangkan, kandungan-kandungan tersebut
yang terdapat dalam daging haiwan itu.
Kalau
secara zahirnya pun babi memang kelihatan jijik, ketahuilah bahawa dalaman
haiwan itu lebih kotor kerana mengandungi bermacam-macam organisma berbahaya!
Ya,
sesungguhnya larangan Allah S.W.T terhadap daging babi mempunyai sebab musabab
yang konkrit bagi mengelakkan umatNya daripada ditimpa musibah.
0 Response to "Kenapa Islam Larang Jamah Babi? Ini Jawapannya!"
Post a Comment