CIRI-CIRI SEORANG ISTERI SOLEHAH



Ciri-ciri tersebut diantara:

  • Segera menyahut dan hadir apabila dipanggil oleh suami jika diajak untuk berhubungan.
  • Tidak membantah perintah suami selagi tidak bertentangan dengan syariat.
  • Tidak bermasam muka terhadap suami.
  • Sentiasa berusaha memilih perkataan yang terbaik tatkala berbicara dengan suami.
  • Keluar rumah hanya dengan izin suami.
  • Berhias hanya untuk suami.
  • Tidak membenarkan orang yang tidak diizinkan oleh suami untuk masuk/bertamu ke dalam rumah.
  • Menjaga waktu makan dan waktu istirehatnya kerana perut yang lapar akan membuatkan darah cepat naik. Tidur yang tidak cukup akan menimbulkan keletihan.
  • Menghormati mertua serta kerabat keluarga suami.
  • Berusaha menenangkan hati suami jika suami mempunyai masalah, bukan malah banyak menuntut kepada suami sehingga menambah beban suami.
  • Segera minta maaf jika melakukan kesalahan kepada suami, dan tidak menunda-nundanya.
  • Mencium tangan suami tatkala suami hendak bekerja atau pulang dari pekerjaan.
  • Tidak menyebarkan rahsia keluarga terlebih lagi rahsia ranjang!!! Bahkan berusaha menutup aib-aib suami, serta memuji suami agar menambahkan rasa sayang dan cintanya.
  • Tidak membentak atau mengeraskan suara di hadapan suami.
  • Berusaha untuk bersifat qona'ah (merasa cukup) sehingga tidak banyak menuntut harta kepada suami.
  • Tidak menunjukkan kesedihan tatkala suami sedang bergembira, dan sebaliknya tidak bergembira tatkala suami sedang bersedih. Akan tetapi berusaha untuk mengikut suasana hatinya.
  • Tidak menceritakan kecantikan dan sifat-sifat wanita yang lain kepada suami yang boleh mengakibatkan suaminya boleh menggambarkan akan keadaan wanita tersebut.
  • Berusaha menasihati suami dengan baik tatkala suami terjerumus dalam kemaksiatan. Bukan ikut terjerumus dalam melakukan kemaksiatan.
  • Menjaga pandangannya sehingga berusaha tidak melihat kecuali ketampanan suaminya.
  • Lebih suka menetap di rumah, dan tidak suka sering keluar rumah kecuali atas urusan-urusan tertentu
  • Jika suami melakukan kesalahan maka tidak melupakan kebaikan-kebaikan suami selama ini. Bahkan sekali-kali tidak mengeluarkan perkataan yang mengisyaratkan akan hal ini. Kerana sebab terbesar yang menyebabkan para wanita dipanggang api neraka adalah tatkala suami berbuat kesalahan mereka melupakan dan mengingkari kebaikan-kebaikan suami mereka.


Setelah membaca dan memerhatikan ciri-ciri di atas, hendaklah seseorang wanita itu benar-benar menimbang dan menilai diri sendiri. Jika sebahagian besar ciri-ciri mahupun sifat-sifat tersebut tercermin dalam dirinya maka hendaklah dia bersyukur kepada ALLAH SWT dan berusaha untuk menjadi yang terbaik.

Akan tetapi jika ternyata kebanyakan sifat-sifat tersebut kosong dari diri. Maka hendaklah dia bermuhasabah dan berusaha memperbaiki dirinya. Ingatlah bahawa syurga kamu berada di bawah telapak kaki suami.

*Khas buat tatapan suami:

Seorang suami yang baik pasti dan pasti akan menyedari bahwa isterinya bukanlah bidadari sebagaimana dirinya juga bukanlah malaikat. Sebagaimana dirinya tidak sempurna maka janganlah dia terlalu berharap agar isterinya juga sempurna. Sama-samalah perbaiki apa yang kurang dan bersyukur atas apa yang ada.


0 Response to "CIRI-CIRI SEORANG ISTERI SOLEHAH"

Post a Comment