Tips Ajar Anak Solat
Solat
adalah satu tanggungjawab yang amat besar bagi seorang Muslim. Tanggungjawab
sebanyak 5 waktu dalam sehari inilah yang bakal Allah tanya terlebih dahulu
daripada amal ibadah yang lain. Jika baik solat kita, maka baiklah amalan yang
lainnya. Namun jika solat kita rapuh, maka usah mengharapkan amal dan
penghidupan kita selebihnya akan baik.
“Batas antara seseorang dengan kekufuran adalah meninggalkan
solat” (Riwayat Muslim)
“Perjanjian antara kita dengan mereka adalah solat , maka
sesiapa yang meninggalkan solat bererti ia kafir.” (Laporan al-Nasa’i,
al-Tarmizi dan Ahmad)
Dalam
konteks pendidikan awal anak-anak, tanggungjawab untuk mendidik anak untuk
bersolat adalah satu amanah yang sangat besar dan berat. Mendidik dan
mentarbiyyah anak-anak untuk solat tidak semudah kita mengajar anak ABC atau
123. Tanggungjawab yang besar ini datang dengan pelbagai ujian dan ini
memerlukan ibubapa yang bijak.
Berikut adalah tip untuk mengajar anak solat:
1) Contoh tauladan yang baik.
Ibubapa
adalah contoh terbaik dan terdekat untuk diteladani oleh anak-anak. Ayah yang
selalu ke masjid, ibu yang terus bersiap solat ketika mendengar azan dan
mendedahkan kepada anak-anak tentang solat berjemaah adalah antara contoh
terbaik buat anak-anak. Inilah adalah salah satu cara didikan berkesan yang
dinyatakan oleh Dr Abdullah Nasih Ulwan di dalam kitab agungnya, Tarbiyatul
Aulad tentang peri pentingnya kita menunjukkan contoh tauladan yang baik kepada
anak-anak.
2) Umur 0 – 2 tahun – Wujudkan suasana yang
solehah (Biah solehah)
Walaupun
anak masih kecil, tidak mengerti dan tidak faham, namun suasana yang baik dan
solehah akan menjadikannya biasa. Dia biasa melihat ibu dan ayahnya solat di
awal waktu, solat berjemaah, tahu tentang azan dan mendengar bacaan ayat-ayat
al-qur’an. Berkata-katalah dan bercerita dengan anak seperti, ” Tunggu sebelah Ummi ya, Ummi mahu solat.” . Atau ” Terima kasih sayang sebab tunggu Ummi
solat.”
3) Umur 2 – 3 tahun – Ajak anak
Usah
jemu untuk selalu ajak anak solat. Biar mereka biasa dengan ajakkan. Walaupun
mereka hanya mendengar dan tidak mengikuti, teruskan menyebut setiap kali kita
hendak solat. ” Jom ikut Ummi
solat!”
4) Umur 4 – 6 tahun – Mengapa kita solat?
Sudah
tiba masanya untuk ibubapa bercerita tentang kepentingan solat. Penerangan
berbentuk cerita dapat memberikan gambaran yang jelas kepada anak-anak.
Contohnya:
Ummi: Allah suka kalau kita solat.
Anak: Kenapa? (Dalam umur begini anak suka bertanya kenapa, bagaimana dan mengapa)
Ummi: Kalau kita solat, nanti Allah sayang. Ummi sayang. Abi sayang.
Anak: Kenapa? (Dalam umur begini anak suka bertanya kenapa, bagaimana dan mengapa)
Ummi: Kalau kita solat, nanti Allah sayang. Ummi sayang. Abi sayang.
Pada
tahap ini juga, dedahkan anak-anak secara kerap tentang masjid. Ajak mereka ke
masjid. Perkenalkan tentang adab-adabnya, solat jemaah, hubungan sosial dengan
jemaah yang lain dan sebagainya. Pada umur begini juga ibubapa sudah boleh
menghantar mereka ke tadika Islam yang mengajar mereka tentang solat agar
mereka lebih faham dan seronok untuk solat.
5) Umur 7 – 9 tahun – Penekanan dan
tanggungjawab
3
tahun yang kritikal. Ini adalah tahun-tahun pengukuhan bagi asas solat. Kita
sudah menunjukkan contoh, ajakan dan pemahaman sejak lahir. Waktu ini anak
seharusnya sudah tahu apa yang perlu dilakukan ketika azan, cara mengambil
wudhuk, pergerakan dan bacaan dalam solat.
Walaupun
tidak lancar dan tidak cekap, sekurang-kurangnya mereka sudah ada asas. Mencapai
umur 9 tahun, ibubapa sudah mula sedikit tegas dan selalu mengingatkan.
6) Umur 10 tahun ke atas – Denda dan hukuman
Dalam
hadith tentang solat, Nabi membenarkan untuk kita memukul anak yang ingkar
solat ketika dia berumur 10 tahun. Tetapi sebelum kita memukulnya, adakah kita
telah memberikan pemahaman serta contoh terbaik buat mereka? Hanya kita sebagai
ibubapa yang mengetahuinya. Dr Abdullah Nasih Ulwan di dalam buku Tarbiyatul
Aulad menyebut bahawa memukul adalah jalan terakhir setelah ibubapa sudah putus
harap. Tidak semudah itu untuk ibubapa menjatuhkan hukuman dan memukul anak.
Semoga kita menjadi pemimpin yang adil dalam menentukan hukuman dan denda
terhadap anak-anak.
7) Doa
Selalulah
amalkan doa Nabi Ibrahim.
Proses
pentarbiyyah tidak terhenti setakat itu sahaja. Ia adalah proses yang amat
panjang. Usah jemu dalam proses pentarbiyyahan ini. Pelbagai teknik dan cara
perlu diterapkan oleh ibubapa dalam mengajak anak bersolat. Kekerasan dan
paksaan hanya akan membantutkan proses asas pemahaman solat ini.
Semoga
kita semua dapat melalui proses ini dengan baik dan saling berganding bahu bagi
membina generasi yang mendirikan solat. Ameen.
0 Response to "7 Tips Ajar Anak Solat Ikut Peringkat Umur. Sangat Mudah!"
Post a Comment