Amalan Berpantang Selepas Bersalin
Zaman
moden kini, ada wanita yang tidak mengendahkan amalan berpantang selepas
bersalin. Namun, bagi mereka yang mementingkan kesihatan dan kecantikan diri,
amalan berpantang dikatakan dapat mengembalikan mereka seperti anak dara.
Masyarakat Melayu biasanya mengamalkan tempoh berpantang antara 40 hingga 44 hari. Hal ini berkait rapat dalam amalan Islam kerana tempoh nifas sehingga 40 hari dan maksimum 60 hari. Malah, ada juga yang sampai 100 hari terutama bagi mereka yang berasal daripada keturunan Jawa.
Masyarakat Melayu biasanya mengamalkan tempoh berpantang antara 40 hingga 44 hari. Hal ini berkait rapat dalam amalan Islam kerana tempoh nifas sehingga 40 hari dan maksimum 60 hari. Malah, ada juga yang sampai 100 hari terutama bagi mereka yang berasal daripada keturunan Jawa.
Samada
44 hari atau 100 hari, itu terpulang pada masing-masing. Yang penting, ibu dan
bayi sihat!
Apakah tujuan berpantang?
Hal
ini demi kebaikan kesihatan wanita itu sendiri pada kemudian hari. Badan nak
pakai lama bak kata orang tua-tua. Sang suami masih kelihatan gagah, kacak
bergaya walaupun rabun sudah mula beruban. Sementara si isteri sudah tidak
berdaya lenguh sakit sana-sini.
Amalan berpantang dalam masyarakat melayu dapat mengembalikan bentuk badan dan kecergasan diri wanita tersebut.
Amalan berpantang dalam masyarakat melayu dapat mengembalikan bentuk badan dan kecergasan diri wanita tersebut.
Foto Kredit: rohaisha.blogspot.com
Makanan semasa berpantang
Di
Malaysia, terdapat pelbagai versi makanan berpantang. Ia berbeza mengikut
negeri dan budaya masing-masing. Makanan berpantang keturunan jawa tidak sama
dengan makanan berpantang keturunan minangkabau.
Namun, terdapat persamaan makanan berpantang orang melayu. Di antaranya ialah :
Namun, terdapat persamaan makanan berpantang orang melayu. Di antaranya ialah :
1. Ikan haruan
Memakan
ikan tawar seperti ikan haruan yang kaya dengan asid amino dan asid lemak dapat
mempercepatkan proses penyembuhan dalaman dan luaran buat ibu selepas bersalin.
Zat lain yang terkandung pada ikan haruan ialah vitamin A dan kolagen yang
dapat mencantikkan kulit secara semulajadi.
2. Makanan laut
Majoriti
masyarakat melayu tidak akan menyentuh makanan laut sepanjang tempoh berpantang
kerana ia boleh menyebabkan alergi dan kegatalan.
3. Makanan sejuk
Makanan
sejuk seperti timun, kelapa muda, kangkung dan tebu perlu dielakkan buat ibu
selepas bersalin kerana ia menyebabkan sakit lemah sendi, artristis dan
reumatisme.
Bagaimana
kalau keguguran? Boleh juga makan yang sama seperti orang berpantang.
Foto Kredit: bianca.embracinglabor.com
Amalan berpantang secara tradisional
Penjagaan
orang Melayu semasa berpantang dilakukan kerana untuk membantu memulihkan
keadaan si ibu yang keletihan dan lemah selepas melahirkan bayi. Hal ini
menyebabkan diri wanita itu menjadi ‘sejuk’. Justeru, tradisi
turun-menurun seperti berurut, bertungku, berbengkung, mandian herba, bertangas
dan memakan jamu masih diamalkan masyarakat melayu hingga hari ini.
1. Berurut
Tujuan
berurut selepas bersalin ialah untuk melancarkan perjalanan darah dan membetulkan
urat yang tegang dan juga putus selepas melahirkan bayi. Selain itu, berurut
juga dapat membuang angin dan memecahkan lemak yang terkumpul. Proses sengkak
semasa berurut ialah ‘mengangkat’ salur peranakan ke tempatnya dan dapat
menyingkirkan darah kotor yang masih ada dalam rahim.
2. Mandian Herba
Selepas
diurut, badan ibu akan dilulur dengan campuran rempah ratus untuk menghaluskan
kulit dan menyingkirkan sel-sel mati. Selepas itu, mandian herba yang dicampur
dengan akar-akar kayu dan rempah yang direbus akan menyegarkan lagi tubuh ibu
3. Bertungku
Amalan
bertungku masyarakat melayu hampir sama seperti teknik ‘hot stone massage’ di
kalangan masyarakat barat. Ia biasa dilakukan sebelum memakai bengkung. Sebiji
batu sungai atau tungku besi yang telah dipanaskan dan dibalut dengan kain akan
dituam ke seluruh bahagian badan.
4. Berbengkung
Seluruh
badan ibu akan disapu dengan herba dan dibalut dengan kain bengkung yang
diperbuat daripada kain kapas dari paras bawah dada hingga bawah punggung
setiap hari sepanjang tempoh berpantang. Terdapat pelbagai jenis bengkung
seperti bengkung jawa, bengkung tali dan korset.
5. Bertangas
Terdapat
5 jenis tangas iaitu tangas duduk, tangas kering, tangas basah, tangas wangi
dan tangas rempah. Setiap satunya mempunyai kelebihan dan ramuan herba yang
berlainan.
6. Jamu
Pelbagai
jenis rempah dan herba digabungkan dalam bentuk jamu. Bagaimanapun, ibu yang
menyusukan bayi digalakkan berhati-hati kerana memberi kesan kepada susu dan
juga bayi. Sesuai diamalkan selepas habis tempoh berpantang.
Selepas
berpantang, jangan lupa dapatkan petua menghilangkan perut buncit selepas bersalin. Baru nampak
seperti sediakala.
Selamat
mencuba!
0 Response to "6 Amalan Berpantang Selepas Bersalin Secara Tradisional"
Post a Comment