Kencing
atau bahasa sopan membuang air kecil ini sudah bukan suatu perkara yang asing
lagi bagi umat manusia. Setiap manusia melakukan aktiviti ini untuk
mengeluarkan sisa-sisa metabolisme tubuh (mengeluarkan kotoran tubuh). Dalam
melakukan aktiviti inipun kita dituntut melakukannya dengan benar dan sesuai
aturan.
Hadis
yang diriwayatkan oleh Aisyah RA berkata bahawa Rasulullah SAW tidak pernah
kencing sambil berdiri semenjak diturunkan kepadanya Al-Quran.
Secara
kesihatan kencing berdiri adalah penyebab utama penyakit batu karang karang
pada semua penderita penyakit tersebut dan merupakan salah satu penyebab
penyakit lemah syahwat bagi sebagian lelaki.
Dari
segi agama, kebanyakan orang yang biasanya kencing berdiri kemudian mereka akan
mendirikan solat, ketika akan rukuk atau sujud maka terasa ada sesuatu yang
keluar dari kemaluannya, itulah sisa air kencing yang tidak habis keluar ketika
kencing sambil berdiri, apabila perkara ini terjadi maka solat yang
dikerjakannya tidak sah kerana air kencing adalah najis dan salah satu syarat
sahnya solat adalah suci dari hadas kecil maupun hadas besar.
Umumnya
kita memandang ringan terhadap cara dan tempat buang air, mungkin kerana
pertimbangan waktu atau situasi dan kondisi yang mengharuskan (terpaksa) untuk
kencing berdiri tanpa menyangka keburukannya dari sisi sunah dan kesihatan.
Orang dulu mempunyai budaya melarang anak kencing berdiri sehingga kita sering
mendengar pepatah “Guru kencing berdiri, murid kencing berlari”, kerana memang
terdapat efek negatif dari kencing berdiri.
Kebiasaan
orang kencing berdiri akan mudah lemah batin, kerana sisa-sisa air dalam
pundi-pundi yang tidak habis terpancar menjadikan kelenjar otot-otot dan urat
halus sekitar zakar menjadi lembik dan kendur. Berbeza dengan buang air
mencangkung, dalam keadaan bertinggung tulang paha di kiri dan kanan
merenggangkan himpitan buah zakar.
Ini
memudahkan air kencing mudah mengalir habis dan memudahkan untuk menekan
pangkal buah zakar sambil berdehem-dehem. Dengan cara ini, air kencing akan
keluar hingga habis, malahan dengan cara ini kekuatan sekitar otot zakar
terpelihara.
Ketika
buang air kencing berdiri ada rasa tidak puas, kerana masih ada sisa air dalam
kantong dan telur zakar di bawah batang zakar. Ia berkemungkinan besar
menyebabkan batu karang. Kenyataan membuktikan bahawa batu karang yang berada
dalam ginjal atau kantong dan telur zakar adalah disebabkan oleh sisa-sisa air
kencing yang tidak habis keluar. Endapan demi endapan akhirnya
mengkristal/mengeras seperti batu karang.
Jika
anda meneliti sisa air kencing yang tidak dibersihkan dalam bilik mandi, anda
bayangkan betapa keras kerak-keraknya. Bagaimana jika itu ada di kantong
kemaluan Anda?? perkara ini juga merupakan salah satu yang menyebabkan penyakit
lemah syahwat pada lelaki selain dari penyebab batu karang.
Demikian
hikmahnya Rasulullah SAW melarang kencing berdiri.
Sehingga
Nabi Saw sering mengingatkan dalam sabdanya: “Hati-hatilah dalam masalah
kencing kerana kebanyakan siksa kubur dikeranakan tidak berhati-hati dalam
kencing”.
Hadis
riwayat Ibnu Abbas ra., ia berkata:
Rasulullah
saw. pernah melalui dua buah kubur, lalu beliau bersabda:
Ingat,
sesungguhnya dua mayat ini sedang disiksa, namun bukan kerana dosa besar. Yang
satu disiksa kerana dia dahulu suka mengadu domba, sedang yang lainnya disiksa
kerana tidak membersihkan dirinya dari air kencingnya. Kemudian beliau meminta
pelepah daun kurma dan dipotongnya menjadi dua.
Setelah
itu beliau menancapkan salah satu pada sebuah kuburan dan yang satunya lagi
pada kuburan yang lain seraya bersabda: Semoga pelepah itu dapat meringankan
siksanya, selama belum kering. (Shahih Muslim No.439)
0 Response to "Sebab Rasulullah SAW melarang kencing berdiri [ Bagi Lelaki]"
Post a Comment