Demi mencari sesuap nasi, ada golongan yang sanggup
melakukan apa sahaja pekerjaan meskipun ianya terlalu jijik.
Di India, pekerjaan sebagai pembersih longkang tersumbat
dianggap perkara biasa.
Mereka juga dikenali sebagai penyelam longkang kerana
pekerja tersebut terpaksa menyelam dan ‘berenang’ kedalam longkang bagi
membersihkan longkang-longkah yang dipenuhi sampah sarap dan tersumbat.
Setiap hari mereka terpaksa meredah air yang kotor dan
jijik bagi mendapatkan bayaran GBP 3.50(RM 18) sehari bagi menyara keluarga
mereka.
Kesiannya, mereka melakukan pekerjaan ini tanpa
menggunakan peralatan khas.
Pekerjaan ini juga merupakan salah satu pekerjaan yang
berbahaya kerana mengakibatkan lebih 60 orang meninggal dunia ketika berkerja
setiap tahun.
Sumber : MyNewsHub.cc
0 Response to "Pekerjaan Yang Dianggap Jijik Dan Berbahaya Demi Sesuap Nasi"
Post a Comment